Monday 13 May 2019

Rasuah projek kereta perisai pulak? Hu hu huu! Patriot gesa siasatan terhadap Hisham bekas Menteri Pertahanan dilakukan secepat mungkin [Video Serahkan pada polis, SPRM kes membabitkan Hishammuddin]

Isnin, 13 Mei 2019
KiniTV
Tindakan bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein yang mencabarmenteri Pertahanan Mohmad Sabu dan Timbalannya Liew Ching Tong dibidas Persatuan Patriot kebangsaan (Patriot) Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan sama ada Hishammuddin mendapat manfaat atau tidak. Patriot juga menggesa siasatan terhadap Hishammuddin yang merupakan menteri pertahanan antara 1997 hingga Mei 2018 dilakukan secepat mungkin. Hishammuddin mengemukakan cabaran itu semalam ketika mengulas dakwaan bahawa kerajaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga itu yang melibatkan 1,186 hektar tanah tentera.
「Gambar kereta perisai AV8 dan Adnan」的圖片搜尋結果
「Gambar kereta perisai AV8 dan Adnan」的圖片搜尋結果
Kenderaan tempur berperisai yang sinonim dengan ketumbukan mekanis Malaysia ialah ACV-300 Adnan yang berasal dari Turki tetapi dipasang di Malaysia.
Imej mungkin mengandungi: teks
Rasuah projek kereta perisai yang bernilai lebih RM17 juta di sekitar tahun 2014 sehingga 2017 ?
Siapakah Menteri Pertahanan ketika itu, Mat Sabu ka ??!
Patutla dia melenting meroyan semalam bila nama dia didedahkan..
HAHAHAHA !!! Sepupu Najib Ka?
Rasuah projek kereta perisai: SPRM reman CEO, CFO syarikat
PUTRAJAYA - Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat swasta bergelar datuk dan seorang wanita yang juga ketua pegawai kewangan (CFO) syarikat terbabit direman kerana disyaki menerima rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara berjumlah lebih RM17 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis setelah SPRM mengemukakan permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya manakala wanita berusia 53 tahun itu pula ditahan kira-kira jam 11.50 malam di lokasi sama ketika hadir memberi keterangan, semalam.

Sumber berkata, kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan sekitar 2014 sehingga 2017.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurutnya, SPRM turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 dan dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut.

Dalam pada itu, katanya, beberapa saksi juga telah dipanggil hari ini dan tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai lagi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena