Friday 16 August 2013

"HAK MUTLAK MENTERI TAK BOLEH DIPERSOALKAN... RAKYAT HANYA ADA HAK UNTUK MENGUNDI"... - Menteri Pelancongan...Sombongnya!

Sabtu, 17 Ogos 2013
ping.busuk.org

Nedim Nazri Aziz Pegawai Khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Nedim+Nazri+Aziz+Pegawai+Khas+Bapanya
Gambar senarai pegawai dalam kementerian pelancongan dan kebudayaan Malaysia yang terkini melalui portal ministy of tourism and culture. Nama Nedim bin Nazri Aziz di-highlight untuk memaparkan pelantikan anak kesayangan menteri pelancongan Nazri bin Aziz.

NEDIM NAZRI AZIZ PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PELANCONGAN 
Nedim+Nazri+Bercerai+Bersama+Bekas+Isteri

Gambar Nedim Nazri Bercerai Bersama Bekas Isteri Bee Khan
Gosip Hangat: Nedim Nazri Bercerai Dengan Bee Khan
plbgaimacam.blogspot.com
Gosip panas juga dikatakan Nedim Nazri dan isterinya Bee Khan yang terkini sudah bercerai. Betul ke Nedim Nazri sudah bercerai? Gambar Foto diatas merupakan Nadeem Nazri bersama isterinya memang cun dan hot tetapi telah bercerai? Memang menjadi banyak pertanyaan, apa masalah hubungan rumahtangga mereka? Adakah Nora Danish menjadi punca orang ketiga dan berminat untuk menjadi keluarga anak menteri pelancongan dan kebudayaan Malaysia? Sebelum ini Nora Danish bergaduh perang sakan dengan Fasha Sandha kerana berebutkan anak menteri iaitu Jejai. Adakah memang taste selera Nora Danish untuk memikat anak VVIP menteri Malaysia? 
- Sumber Facebook.
Posted by Mohd Rohaizad /Dunia Hiburan
Nadeem Ada Kriteria Yang Boleh Dijadikan Suami – Nora Danish
Written by AbangNara | July 26th, 2013
nora danish
Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya. Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia (Nadeem) ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami.

Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan.
nora danish
Kenyataan Nazri Aziz Mengenai Perlantikan Anaknya Nedim Sebagai Pegawai Kerajaan
kakisembang.com
Menteri pelancongan Nazri Aziz akui melantik anaknya serta menggajikan dengan menggunakan duit poketnya sendiri sebagai pegawai khas Kementerian Pelancongan hanya semata-mata kerana untuk menarik dan menyelamatkan generasi Y di malaysia.

Nazri Aziz mengakui perlantikan anaknya merupakan sesuatu yang mengembirakannya, tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak mutlaknya untuk melantik pegawai khas sendiri. Malah perlantikan Nedim tidak dibayar oleh kerajaan satu sen pun, sekadar untuk membantu beliau dalam kementerian pelancongan.

Kerajaan Tidak Bayar Gaji Anak Lelaki Saya (Nedim)

16 Ogos 2013 - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (Foto) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Foto: Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.
Datuk+Seri+Mohamed+Nazri+Abdul+Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Muhammad Nedim Anjur Program Belia
infolaju.com
Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008. - Bernama.

BIODATA NEDIM NAZRI AZIZ PROFILE SELEBRITI MALAYSIA
Nedim Nazri Aziz Wiki Profil
Nedim Nazri Aziz Facebook Fan Page
Nedim Nazri Aziz Twitter
Nedim Nazri Aziz Blog Keek Instagram 



NEDIM NAZRI AZIZ PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PELANCONGAN 



Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.
  
"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini.
  
Najib berkata dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.
  
"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan Mohamed Nazri mengambil anak lelakinya bekerja di kementerian yang beliau sendiri adalah menterinya.
  
Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pelantikan anaknya itu adalah pelantikan tidak rasmi dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.
  
Mengenai cadangan supaya semua ahli Parlimen dan ADUN diwajibkan mengisytiharkan harta mereka setiap tahun, Najib berkata setakat ini kerajaan hanya menetapkan anggota pentadbiran kerajaan yang mesti mengisytiharkan harta masing-masing.
  
"Ahli Parlimen tiada kuasa eksekutif dan mereka boleh menjalankan perniagaan. Takde halangan (berniaga) asalkan jangan ada 'conflict of interest' (konflik kepentingan)"," katanya.
  
Perdana penteri berkata aset dan harta yang diisytiharkan oleh anggota pentadbiran kepada beliau juga boleh memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemaknya.
  
"Walaupun tiada aduan, SPRM boleh semak senarai aset yang mereka isytiharkan kepada saya," katanya.
- Bernama/Mk.

TINDAKAN NAZRI BAKAL MEMPERTAHANKAN ANUGERAH BAPAK CONTOH 2013... KAH KAH KAH !

Sebelum gua MENGULAS PANJANG LEBAR berkenaan TAJUK diatas rasanya belum terlambat gua hendak MENGUCAPKAN Selamat Hari Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada Sahabat-Sahabat SEPERJUANGAN... ya itu yang sama NIAT dengan gua ingin melihat Umno/Bn TERKUBUR dari menjadi KERAJAAN di Negara Malaysia TERCINTA ini... mungkin adakala nya PANDANGAN dan PEMIKIRAN lu orang TAK SAMA dengan gua... namun itu semua TAK JADI MASALAH pada gua ASALKAN BUKAN UMNO (ABU) beb... kah kah kah... kerana selagi ABU selagi itu lah ianya TETAP memberi MANAFAAT kepada RAKYAT MALAYSIA.

Jadi BERBEZA PANDANGAN dikalangan ABU bukan lah MASALAH pada gua ASALKAN RAKYAT MENDAPAT MANAFAAT... cuma yang gua MENYAMPAH pada kalangan KEPIMPINAN yang hendak kepada ABU ni ialah TERLALU BANYAK MEMBERI BOLA TANGGUNG kepada MUSUH POLITIK... walaupun dikala itu MUSUH POLITIK sedang TERKENCING-KENCING BERTAHAN dan ada sebahagian nya HILANG TELOR SEKEJAP... tiba-tiba BOLA yang sepatutnya DISMASH dijadikan BOLA TANGGUNG... kah kah kah... sedangkan dia orang tu bukan nya AHLI POLITIK BARU beb tetapi sudah BERPULUH TAHUN BERKECIMPUNG dalam POLITIK... malas gua nak cakap siapa dia orang tu.

Berbalik kepada TAJUK diatas TAK USAH LAH lu orang NAK HERANNN dengan BENDA-BENDA PELIK apa yang dilakukan oleh PEMIMPIN Umno/Bn ni beb... dan sebab itu gua katakan bahawa TINDAKAN yang dibuat oleh Menteri Pelancungan Datuk Seri Nazri Aziz adalah TEPAT beb... TEPAT berdasarkan bahawa BENDA-BENDA YANG PELIK sudah menjadi DARAH DAGING kepada Pemimpin Umno/Bn... lu orang bayangkan lah kalau Umno/Bn MENANG dengan MAJORITI 2/3 KERUSI PARLIMEN dalam PRU13 yang lepas... gua rasa lah kan bukan setakat TINDAKAN seperti Menteri Pelancungan yang akan dia orang buat malahan LEBIH PELIK boleh dapat DILIHAT.

Kalau setakat keluar dari MULUT LONGKANG Menteri Pelancongan yang berbunyi "HAK MUTLAK MENTERI TAK BOLEH DIPERSOALKAN... RAKYAT HANYA ADA HAK UNTUK MENGUNDI"... itu belum APA-APA lagi beb... kerana Menteri Pelancungan semasa menjadi Menteri Dijabatan Perdana Menteri pernah DIANUGERAHKAN sebagai BAPAK CONTOH TAHUN 2012... tak kan lu orang dah lupa dengan kenyataan beliau yang berbunyi ANAK SAYA BUKAN ISTERI SAYA... kah kah kah... baca sini... itu sebab gua TAK HERANNNN beb... kerana beliau dengan BENDA-BENDA PELIK bagaikan ISI DENGAN KUKU iaitu BERPISAH TIADA... kah kah kah !. sumber

hemmmmm..... mampos lah lu orang pengundi yang mengundi ahli parlimen padang rengas tersebut beb... tapi apa nak buat beb... lu orang memang suka kena tipu dari dulu... kini dan selamanya... kah kah kah !.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 1:58:00 PG

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena