Thursday, 29 August 2013

Nenek, dua cucu ditemui mati dibunuh hari ini ...ditikam di perut, tetakan di kepala & dikelar di leher!

Khamis, 29 Ogos 2013
Nenek, dua cucu ditemui mati dibunuh...
DENGKIL: Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.
"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira jam 2.30 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian. - Bernama
Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di
talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena