Tuesday 27 August 2013

Panas!!! Harapkan pagar, pagar makan padi.. harapkan polis, 2 anggota polis pulak jadi pencuri & Polis siasat 2 anggotanya...

Selasa, 27 Ogos 2013
"Saya segera memecut dan merempuh motosikal mereka dan kedua-dua mereka jatuh,"
Lelaki Terkejut Peragut Yang Dirempuhnya Adalah Anggota Polis..
Kejadian yang berlaku di Taman Mayang, Petaling Jaya ini dah jadi seperti kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.. harapkan Polis, Polis pulak jadi Pencuri..

Seorang lelaki Saravanan Batumalai tidak menyangka sama sekali dua orang peragut bermotorsikal yang dirempuh olehnya adalah dua orang anggota Polis yang tidak bertugas pada hari kejadian.

Lebih menarik lagi motorsikal yang digunakan oleh mereka untuk melakukan jenayah tersebut adalah milik Balai Polis Kelana Jaya.

Menceritakan kejadian yang berlaku pada waktu tengahhari itu, Saravanan, 27 mengatakan ketika beliau sedang berada diluar tempat kerjanya beliau terlihat dua individu di atas sebuah motorsikal telah meragut rantai leher seorang wanita yang sedang berjalan kaki.

"Saya segera memecut dan merempuh motosikal mereka dan kedua-dua mereka jatuh,"

Salah satu peragut itu bangun dan melarikan diri manakala yang seorang lagi cuba untuk memecut motosikal yang rosak akibat rempuhan itu.

Sekali lagi Saravanan merempuh motosikal itu, membuatkan peragut itu jatuh dan motosikalnya terperosok di bahagian depan keretanya..

Peragut itu menyerang dengan membaling batu ke arah Saravanan, namun ianya mengenai cermin kereta dan meretakkannya..

"Beliau kemudian mengeluarkan pisau dan mengacukan pada saya, merentap rantai emas saya, dan melarikan diri...

PETALING JAYA (Aug 26, 2013): Saravanan Batumalai had the shock of his life hours after ramming his car into a motorcycle used by two snatch thieves last month: they were off-duty policemen. 
The first indication that they were men in blue came when he called 999 after the incident at 12.15pm on July 3 and a police patrol car arrived, only to have the policemen confirm that the motorcycle belonged to the Kelana Jaya police station. 

When Saravanan went to the police station to make a report, the investigating officer called in two policemen who turned out to be the ones who had tried to snatch the gold necklace of a woman walking along the road outside his workplace in Taman Mayang, Petaling Jaya. 
One had been riding the motorcycle while the other was his pillion. 
The drama unfolded just after noon that day when the 27-year-old was in his car outside his workplace and saw two men on a motorcycle snatching a woman's necklace. 
"I immediately sped up and rammed into their motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today. 

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged the motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today. 
One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged motorcycle. 
Saravanan rammed the motorcycle again, making the thief fall and pinning the machine under the front wheel of his car. 

The thief retaliated by throwing stones in Saravanan's direction, missing him but damaging his car further with the windscreen shattered and side dented. 
But that was not the end. 
"He then took out a knife and lunged at me, pulling off my gold chain, and ran away. I retrieved a gold locket from the ground later which must have been from the woman's necklace," he said, adding that the woman left the scene almost immediately. 

Saravanan did not pursue the man because he was armed. 
Subsequently, he followed the two policemen who arrived at the scene in their patrol car to the police station at 2pm, where it was confirmed that the two-wheeler belonged to the police after inspection of its chassis number. 

It was also revealed that it had been fitted with false number plates. 
After a two-hour wait, Inspector Hasbullah asked him to make a statement. 
"He called for two men to be brought in. They were the two snatch thieves and I told him so," he said. 
One of the patrolmen later told him the duo were policemen. 
Saravanan then made a report at the Petaling Jaya police station. 
On July 19, Saravanan was called to attend an identification parade where he identified the two cops. 
However, after that, he was not contacted by anyone until Sunday, when Inspector Hasbullah called to arrange for him to record another statement. 

Saravanan has paid a heavy price for his actions – he had already spent RM3,800 to repair his car bumper and replace its windscreen with other repairs costing an estimated RM4,000. 
Selangor Acting Chief Police Officer Datuk A. Thaiveegan has asked Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed for a detailed report on the case ~ TheSun

Hmmm... mungkin mereka itu sedang menyamar kot.. menyamar sebagai peragut.. sebab itu mereka menggunakan motorsikal milik Kerajaan Malaysia..

Endless Possibilities....
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, August 27, 2013 



Polis siasat 2 anggota polis terlibat samun di Kelana Jaya
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
Gambar hiasan
gerakantimur.blogspot.com
PETALING JAYA 27 Ogos - Polis sedang menyiasat kemungkinan dua kes samun membabitkan dua mangsa di Kelana Jaya pada 3 Julai lalu dan dilaporkan secara meluas di laman sosial Facebook dan portal berita baru-baru ini melibatkan dua anggota pasukan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua anggota polis berpangkat konstabel itu telah dikenal pasti oleh mangsa dalam satu kawad cam di sebuah balai polis, empat hari selepas kejadian.

Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan dan mengumpul bukti untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Siasatan masih dijalankan dan kita juga sedang menyiasat secara terperinci adakah anggota polis merupakan suspek dalam kejadian.

"Tetapi saya mengesahkan, salah seorang mangsa yang diragut yang dikenali sebagai Saravanan telah membuat kawad cam dan dalam proses itu, beliau telah mengecam dua anggota polis itu sebagai suspek.

"Bagaimanapun, dalam proses itu telah timbul masalah 'teknikal' sehingga menyebabkan polis terpaksa mencari bukti baharu untuk menyokong keterangan mangsa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Op Cantas: JSJN catat 1,911 tangkapan

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mencatatkan kejayaan beberapa tangkapan dan rampasan dalam Op Cantas Khas yang dilancarkan jabatan itu di seluruh negara bermula pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepanjang dua hari operasi itu dilakukan sebanyak 1,911 tangkapan dibuat termasuk 30 tangkapan melibatkan ahli kongsi gelap yang bergiat aktif di Pulau Pinang, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Kedah.

"Menerusi tangkapan itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka kertas siasatan, malah kami turut berpuas hati apabila beberapa ahli Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 berjaya ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Sepanjang dua hari operasi, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai puluhan ribu ringgit melalui serbuan serta sekatan jalan raya yang dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, kesemua tangkapan membabitkan suspek berusia antara 25 hingga awal 30-an.

Noor Rashid berkata, pasukan khas di bawah JSJN akan terus melakukan beberapa lagi serbuan dan tangkapan dengan memberi fokus kepada sasaran yang telah dikenal pasti khususnya melibatkan kumpulan kongsi gelap yang kini dilihat semakin berani bergiat aktif melakukan jenayah.

"Sejak Januari hingga Julai, polis merampas dadah pelbagai jenis yang bernilai RM185.71 juta di mana dadah jenis heroin dan syabu mencatatkan nilai rampasan tertinggi sekali gus melumpuhkan 12 sindiket pengedaran dadah terbesar di dalam negara.

"Pihak kami turut menyita RM56.69 juta aset dan harta yang dimiliki daripada aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan oleh beberapa kumpulan yang bergiat aktif dalam kegiatan tersebut," katanya.

Beliau menjelaskan, kebanyakan sindiket pengedaran dadah di negara ini turut dikaitkan dengan pemilikan senjata api secara haram.

JSJN tambah Noor Rashid, turut merampas sebanyak 18 pucuk pistol, 734 butir peluru hidup, selaras pump gun dan sebutir bom tangan dalam serbuan dan sekatan jalan raya di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Sepanjang tempoh itu juga kata beliau, polis turut membongkar 22 makmal memproses dadah yang beroperasi secara aktif di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Johor.Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena