Monday 26 August 2013

The Edge dedahkan pemilik syarikat bas jatuh gaung di Genting Highlands - "Berani ke SPAD nak ambil tindakan?!"

Isnin, 26 Ogos 2013
The Edge dedahkan pemilik syarikat bas jatuh gaung itu.. tengoklah nama siapa ni..

Berbagai tuduhan dan cerita dilontarkan kepada pemandu bak kata orang 'Dead man can't talk...' 
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, keadaan cuaca ketika tragedi adalah baik manakala keadaan jalan raya di lokasi kejadian juga berada dalam keadaan memuaskan.

Oleh itu polis percaya kecuaian pemandu dan keadaan bas yang tidak berada pada tahap memuaskan dipercayai antara punca nahas ngeri yang mengorbankan 37 nyawa itu.

Berbagai tuduhan dan cerita dilontarkan kepada pemandu yang turut terkorban dalam tragedi itu.. bak kata orang 'Dead man can't talk...' jadi adalah mudah untuk menuduhnya kerana beliau tidak mungkin akan menjawab.

Selain pemandu yang dijadikan kambing hitam yang turut dipersoalkan dalam hal ini ialah tentang bagaimana sebuah bas yang dikatakan uzur itu masih dibenarkan beroperasi turun dan naik kepuncak Genting?

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang ~ Malaysiakni

Siasatan awal Polis mengenai tragedi itu yang mendapatai bas tersebut telah membawa lebih muatan telah dinafikan oleh Pengerusi SPAD yang tiba-tiba menjadi jurucakap kepada Syarikat bas itu..

Kerana bas berkenaan yang dikatakan didaftarkan sekitar 1997-1998 atau bersamaan usia kira-kira 15 tahun itu menurutnya dibenarkan membawa 43 penumpang termasuk 18 penunpang yang berdiri.

Syed Hamid Albar juga turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa Genting Highlands Transport Sdn Bhd telah disenarai hitam oleh JPJ.

Katanya menurut laporan yang diterima oleh SPAD dari Polis, JPJ dan jga SPAD sendiri menyatakan syarikat itu tidak disenarai hitam.

Kenapa Syed Hamid tiba-tiba sibuk menjadi jurucakap syarikat bas itu sedangkan beliau sepatutnya bercakap bagi kepentingan rakyat bukannya Syarikat bas?
The Edge/Posted by Anak Sungai Derhaka at Monday, August 26, 2013





Tindakan Tegas Akan Diambil!



Syed Hamid Albar...kalau dengar dia punya 'press statement' jangan kata Menara Berkembar Petronas (KLCC) boleh bergoyang, kita yang dengar pun boleh luruh jantung ...

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tindakan susulan dan tegas akan
diambil terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian 37 orang dalam
kemalangan bas di jalan Genting Highlands semalam.
Beliau berkata tindakan akan dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat
2010 sekiranya terdapat bukti pelanggaran akta itu...

Gurkah-gurkah di'port' nak tanya lah dekat Syed Hamid Albar dan SPAD ..."berani ke nak ambil tindakan?!" sebabnya mungkin semasa dia bagi 'statement' ini dia tak perasaan lagi kot bas ini siapa yang punya ...Kah..Kah..Kah..
Prominent names behind Genting bus company
...While the company that was registered in 1970 has various stakeholders, one name raises eyebrows – the Noah Foundation (see SSM documents below).At 86,433 shares, Noah Foundation – established in the name of Tan Sri Mohamed Noah Omar – the grandfather of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak – is the second biggest stakeholder in the company.Another prominent name that cropped up in SSM-listed documents was Datuk Mohamad Ashfar Ali – the president of the Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA) – who is listed as one of the company’s four directors.
dollah yankee -
Tak apa lah..kita tunggu tengok bila pula dia nak bagi lagi 'statement' pasal kemalangan ini ...
POSTED BY DOLLAH YANKEE AT 8/26/2013 07:52:00 AM  


Nama mangsa yang menerima rawatan dan terkorban
Berikut merupakan senarai pendek nama mangsa yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Senarai ini dikeluarkan Bernama. Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

# Mangsa dirawat di Hospital KL: 
1. Wong Teraphong, 63 (Thailand) 
2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh) 
3. Saidah, 19 (Malaysia) 
4. Razif, 26 (Malaysia) 
5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia) 

# Mangsa dirawat di Hospital Selayang: 
1. Raawnok Arefin (Bangladesh) 
2. Nur Syamimi Ja'afar (Malaysia) 
3. Nur Fatihah Ja'afar (Malaysia) 
4. Rashidah Buyan (Bangladesh) 
5. Andri Purwadi (Indonesia) 
6. Nurul Quraitul Aini (Malaysia) 
7. Rezyan Arefin (Bangladesh) 
8. Nur Fridil Gusman (Indonesia) 

# Berikut adalah senarai nama 35 daripada 37 mangsa yang terkorban dalam nahas bas di Genting Highlands Rabu lepas yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam (23/08). Mereka ialah:

1. Ng Ah Hen (lelaki), 70, warganegara Malaysia
2. San Chin Shin (lelaki), 22, warganegara Malaysia
3. Bhuiyan Rafique Ali (lelaki), warga Kanada bangsa Bangladesh
4. Kwan Chin Yii (perempuan), 21, warganegara Malaysia
5. Choo Peng Kwan (lelaki), 66, warganegara Malaysia
6. Ahmat Busairi (lelaki) warga Indonesia
7. Lee Lain Eng (wanita), 66, warganegara Malaysia
8. Prem Bahadur Budha Magar (lelaki), warga Nepal
9. Lee Chew Wah (wanita) , warganegara Malaysia
10. Kim Dongo (lelaki), warga Korea
11. Loh Kim Lam (lelaki), 78, warganegara Malaysia
12. Chan Ah Hua (lelaki), 62, warganegara Malaysia
13. Udamjist Singh A/L Jit Singh (lelaki), 41, warganegara Malaysia
14. Law Tian Meng (lelaki), 35, warganegara Malaysia
15. Yap Heng (lelaki), 61, warganegara Malaysia
16. Nagendra Rai (lelaki), warga Nepal
17. Shukhvir Singh (lelaki), warga India
18. Lee Fook Wah (lelaki), 62, warganegara Malaysia
19. Soon Ken Tea @ Soo Chin Chee (wanita), 65, warganegara Malaysia
20. Chan Lye Huat (lelaki), 54, warganegara Malaysia
21. Tan Chor Boon (lelaki), 55, warganegara Malaysia
22. Tan Kok Moon (lelaki), 47, warganegara Malaysia
23. Low See Kee (perempuan), 19, warganegara Malaysia
24. Tengku Khairul Anuar Tengku Alias (lelaki), 26, warganegara Malaysia
25. Leow Siew Min (lelaki), 56, warganegara Malaysia
26. Arthur Masih (lelaki), warga India
27. Chan Fook Choy (lelaki), 61, warganegara Malaysia
28. Yap Mui (wanita), 59, warganegara Malaysia
29. Kamothip Piamthananurak (wanita), warga Thailand
30. Low Kwai Hing (lelaki) (kewarganegaraan tidak dikenal pasti)
31. Mohamad Rasib Jantan (lelaki), 60, warganegara Malaysia
32. Kritravee Piamthananurak (wanita), warga Thailand
33. Lim Kok Hoe (pemandu bas) (lelaki), 43, warganegara Malaysia
34. Sub Moy @ Sak Moy (wanita), 65, warganegara Malaysia
35. Sek Swi Chan (wanita), 53, warganegara Malaysia

Menurut Ketua Jabatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood dua mayat masih belum dapat dikenal pasti identiti dan kewarganegaraannya iaitu mayat seorang lelaki dan seorang wanita.
Reviewed by suffer8zine

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena