Saturday 24 August 2013

2 penuntut perubatan M'sia dari Melaka & Sarawak ditahan tentera Mesir di Helwan: Melanggar arahan perintah berkurung...

Ahad, 25 Ogs 2013
Seruan Solidariti Antarabangsa Mengecam Pembunuhan oleh Kudeta Tentera Mesir
Photo: #R4BIA
Teruskan bersolidariti dengan menukar 'profile/default picture' anda!

Apa itu R4BIA : http://on.fb.me/19QRpaF
Pesanan rakyat Mesir : http://on.fb.me/14OqDb7
#mesirkini

Photo: R4BIA : Bangkitlah Harapan, Jatuhlah Kudeta!

Sumber : Laman Rasmi FJP
#mesirkini
#R4BIA

Photo: [Seruan Solidariti Antarabangsa Mengecam Pembunuhan oleh Kudeta Tentera Mesir]

Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.

Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.

Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.

_______________________________

• Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. 

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !

#mesirkini
#R4BIA
Maksud Simbol 4

Photo: [Terkini : Perarakan Jumaat Syuhada']

Perarakan Jumaat Syuhada' di Maadi telah bermula .

Sumber : Twitter deenahsn
#mesirkini
#R4BIA
Photo: Terkini : Perhimpunan solidariti bersama rakyat Mesir yang menentang kudeta tentera sedang berlangsung di Masjid Al Aqsa.

Sumber : Morseyooon
#mesirkini
#R4BIA

The Mummy Returns
Akhbar Independent English mempersendakan kepulangan Husni Mubarak umpama Mumia yang kembali hidup.
Sumber : Morseyooon

Photo: Akhbar Independent English mempersendakan kepulangan Husni Mubarak umpama Mumia yang kembali hidup.

The Mummy Returns~

Sumber : Morseyooon
#mesirkini
#R4BIA
Ops Piramid 2
Ops Piramid 2 menyaksikan 409 lagi rakyat Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air
Photo: SEPANG - Ops Piramid 2 menyaksikan 409 lagi rakyat Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air, menerusi tiga penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Mereka yang kebanyakannya pelajar dan anggota keluarga masing-masing, tiba menerusi pesawat khas AirAsia X yang membawa 364 orang pada 7.45 pagi dan baki 45 lagi menerusi dua penerbangan Singapore Airlines pada 8.05 dan 9.30 pagi.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan rakan sejawatan daripada Kementerian Pendidikan P. Kamalanathan. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Hamzah menafikan dakwaan ada pelajar Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terbabit dalam konflik di negara berkenaan.

Katanya sehingga kini kerajaan Malaysia tidak menerima sebarang laporan mengenai pelajar negara ini ditangkap kerana terbabit dengan kumpulan berkonflik di sana.

"Kita sudah menasihatkan rakyat Malaysia, sama ada mereka pelajar atau orang biasa yang tinggal di Mesir untuk tidak campur tangan dalam konflik yang ada di sana. Kalau ada, mereka ditangkap atau berlaku apa-apa, kita tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa proses membawa balik rakyat Malaysia itu bertujuan memberi tekanan kepada pemerintah Mesir.

"Kita ambil langkah ini kerana bertanggungjawab atas keselamatan rakyat. Kita tak campur tangan," katanya menambah Malaysia hanya berharap krisis di negara berkenaan dapat ditamatkan secara rundingan.

Mengenai Ops Piramid 2, Hamzah berkata Wisma Putra berharap operasi dapat ditamatkan mengikut jadual pada 27 Ogos ini.

"Rakyat Malaysia perlu faham, ini bukan satu perkara mudah. Kita melalui pelbagai halangan (untuk membawa mereka pulang)," katanya yang turut menasihati rakyat Malaysia enggan pulang agar mematuhi arahan Wisma Putra.

Sementara itu, Kamalanathan berkata kementeriannya menerusi Zaini, akan mengetuai delegasi ke Mesir esok bagi mengadakan perbincangan dengan kementerian pengajian tinggi Mesir berhubung urusan pembelajaran penuntut Malaysia.

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilapor semakin tidak menentu. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilapor berkata keselamatan pelajar Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius. - Bernama

Sumber : Sinar Harian
#mesirkini
#R4BIA
SEPANG - Ops Piramid 2 menyaksikan 409 lagi rakyat Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air, menerusi tiga penerbangan yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Melanggar arahan perintah berkurung...
2 pelajar kita ditahan tentera Mesir
Wakil pasukan keselamatan Mesir terus menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan penahanan tersebut...

Kuala Lumpur: Dua penuntut perubatan Malaysia di Mesir dilaporkan ditahan pasukan keselamatan negara berkenaan selepas didapati melanggar arahan perintah berkurung, Selasa lalu. 

Mereka yang sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia pada hari berkenaan, gagal dihubungi selepas mendaftarkan diri di kedutaan besar Malaysia di Kaherah. 

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad, ketika dihubungi BH berkata selepas diperiksa, kedua-dua penuntut yang berasal dari Sarawak dan Melaka itu didapati ditahan pasukan keselamatan di Helwan, Mesir.

Katanya, selepas ditahan, wakil pasukan keselamatan Mesir terus menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan penahanan itu sebelum wakil kedutaan dihantar bagi membebaskan mereka. 

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik dan pihak kedutaan sedang menguruskan proses bagi membebaskan mereka dari tahanan pasukan keselamatan. 

Kena bayar denda 
“Kami difahamkan pasukan keselamatan di sini (Mesir) menahan mereka selepas didapati melanggar waktu perintah berkurung yang dikuatkuasakan pemerintah sementara negara ini sejak pergolakan berlaku minggu lalu,” katanya. 
BH difahamkan, pihak kedutaan mungkin terpaksa membayar denda bagi membebaskan dua penuntut itu yang masing-masing menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Universiti Iskandariah. 

Dalam perkembangan lain, Shaiful berkata hingga semalam, 588 pelajar Malaysia yang menuntut di universiti sekitar Kaherah dan Iskandariah sudah dihantar pulang. 

“Kini pihak kedutaan sudah menutup pendaftaran bagi penghantaran pulang secara sukarela pelajar Malaysia yang berada di Kaherah dan Iskandariah dan memfokuskan proses penghantaran penuntut kita yang berada di daerah lain pula,” katanya. 

Terpaksa catu makanan 
Di Sepang, penuntut Malaysia yang baru tiba di sini, berkata rakan mereka yang masih berada di Mesir terpaksa mencatu dan menyimpan bekalan makanan kerana bimbang keselamatan terancam atau terkena peluru sesat jika keluar dari kediaman. 

Penuntut Universiti Al-Azhar, Nur Hidayati Suwarso, 23, dari Kedah, berkata dia dan rakannya terpaksa menyimpan stok makanan kerana bimbang keselamatan terancam jika keluar membeli barangan keperluan harian di pasar atau kedai runcit berhampiran kediamannya. 

“Kami terpaksa membeli stok makanan untuk seminggu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan krisis yang berlaku di Mesir,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam. 

Nur Hidayati adalah antara 41 penuntut dari Mesir yang pulang ke tanah air semalam menaiki pesawat Etihad Airways dan Emirates, masing-masing pada jam 1.50 petang dan 3.10 petang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Medic Mesir, Siti Haniza Mohd Nazri, berkata 100 daripada 350 penuntut yang diurus agensi itu mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam program asasi di universiti swasta di negara ini.- BHarian

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena