Saturday, 17 August 2013

Lebih 4,000 orang berkumpul di Padang Merbok hari ini untuk mengutuk kudeta di Mesir

Ahad, 18 Julai 2013
4,000 sertai perhimpunan tentang keganasan di Mesir
Koh Jun Lin
8:34PM Ogos 17 2013

Lebih 4,000 orang berkumpul di Padang Merbok hari ini untuk mengutuk kudeta di Mesir dan pembunuhan kira-kira 600 orang awam.

Mereka mendesak supaya Mohamed Morsi dikembalikan semula sebagai presiden kerana beliau telah dipilih secara demokratik.
pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabu
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berucap di perhimpunan 
tersebut menegaskan oleh rakyat Mesir mahu kerajaan Islam.

Katanya, sayap politik Ikhwanul Muslimin - Parti Kebebasan dan Keadilan -  telah dipilih untuk berkuasa walaupun dengan sumber-sumber parti yang kecil.

Tegasnya, tidak ada perhimpunan Black 505 (seperti di Malaysia), bermakna beliau telah memenangi pilihan raya yang sah.

Turut hadir dalam bantahan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS ialah Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke, yang mendesak supaya sidang tergempar parlimen diadakan untuk mengutuk keganasan di Mesir.

Beliau juga mengkritik sikap sepi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu, tetapi ada pula masa untuk mengulas mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti DAP, tetapi tiada masa untuk mengutuk kerajaan tentera Mesir.
pas youth protest against egypt coup 1
Perhimpunan itu dimulakan dengan solat pada kira-kira jam 5.40 petang oleh kira-kira 300 peserta, diikuti dengan ucapan oleh kira-kira 20 penceramah - terutamanya daripada PAS, serta NGO sehinggalah solat Maghrib pada kira-kira jam 7.30 malam.

Pada masa itu, jumlah hadirin meningkat kepada lebih 4,000 orang  walaupun penganjur mendakwa ia berjumlah sekitar 10,000.

Sementara itu, dalam ucapannya, Presiden PAS Hadi Awang mengutuk Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana berdiam diri terhadap krisis tersebut, serta beberapa pemimpin dunia yang menyokong tindakan keras tentera Mesir.

Bantahan terhadap Morsi
Krisis di Mesir tercetus pada 3 Julai dengan ketua kudeta Jeneral Abdul Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi, dengan kerajaan sementara yang diketuai oleh ketua hakim negara sehingga pilihan raya diadakan.
pas youth protest against egypt coup anthony loke 2
Tindakan itu ekoran protes oleh jutaan rakyat terhadap Morsi kerana kononnya mengabaikan masalah ekonomi dan sosial.
Penyokong Morsi kemudiannya turun ke jalanan menuntut supaya 
beliau dikembalikan ke jawatannya dan berlaku pertempuran ganas dengan pasukan keselamatan.
pas youth protest against egypt coup 3
Keadaan itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan keselamatan bertindak membersihkan kem penyokong Morsi dengan kekerasan.

Angka kematian rasmi dalam operasi pada 14 Ogos itu mencecah lebih 600, walaupun Ikhwanul Muslimin mendakwa bahawa jumlah sebenar melebihi 2,000 orang .
Puluhan anggota pasukan anggota keselamatan juga turut terbunuh.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena