Friday 23 August 2013

Kes C4 Altantuya: Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas

Jumaat, 22 Ogos 2013
 'Hantu Altantuya' Di Kuching!
Kedahkini

Akhbar Australia, The Age : Skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu
Kedahkini

Hakim (bertali leher) diberikan taklimat oleh ASP Tonny Lunggan (dua dari kanan) di lokasi yang dipercayai tempat mayat Altantuya diletupkan. (foto The Star oleh Abdullah Subir)

Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuan
 Irwan Muhammad Zain | Kemas kini: Ogos 23, 2013
ghani
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas alasan yang diberikan oleh mahkamah ketika membebaskan kedua tertuduh tidak mempunyai kaitan.
"Tentang DSP Musa Safri, kami menegaskan keterangan beliau tidak ada kaitan dengan keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan terhadap pensabitan dan hukuman.

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
Kumpulan wartawan menunggu tidak jauh dari lokasi taklimat yang diberikan kepada hakim, pihak pendakwa dan peguam bela. (foto The Star)
Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 23, 2013 18:12 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembebasan-azilah-dan-sirul-peguam-negara-tidak-berpuashati-dan-akan-buat-rayuan-20911?cp

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena