Friday 23 August 2013

Who C4 Altantuya? ..Siapa Bunuh Dia?...: Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul, Azilah Pertuduhan Bunuh Altantuya...

Jumaat, 24 Ogos 2013
Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya


Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya

Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 23 Ogos, 2013.
P/s: Apa sudah jadi dengan segala macam bukti dan akuan bersumpah?
Boleh bikin filem!
DCM
Mahkamah Rayuan bebaskan Sirul dan Azilah dari tuduhan bunuh Altantuya..


Berita pada Khamis April 9, 2009
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37.

Katanya pembelaan keduadua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain, dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai.

"Mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dapati konklusif.

"Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu, Azilah dan Sirul Azhar," kata Mohd Zaki.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam Mukim Bukit Raja dekat sini antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Pengarah eksekutif Malaysian Strategic Research Centre, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan mereka, telah dilepaskan dan dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan ada kes prima kes terhadapnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena