Saturday 24 August 2013

KG BUNTUT PULAU: Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan...

Sabtu, 24 Ogos 2013
Mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.
Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi.

Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - Bernama, 24 Ogos, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena