Thursday 29 August 2013

الفاتحة Eksekutif 'Air Asia X' tunang kepada Pegawai Keselamatan mati di bunuh malam tadi....

Khamis, 29 Ogos 2013
Eksekutif Air Asia X Mati Di Bunuh Ketika Kerajaan Giat Perangi Penjenayah
Posted by Addin Deen at 8/29/2013
Shahrinawati Abu Bakar
Gambar Shahrinawati Abu Bakar

الفاتحة
Shahrinawati's mother is inconsolable at the funeral. The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim. August 29, 2013.
Shahrinawati's mother is inconsolable at the funeral. The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim. August 29, 2013.


Eksekutif AirAsia Meninggal Dunia
Gambar Lokasi Kejadian Eksekutif AirAsia X Dibunuh


Perompak bersenjata membunuh seorang eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X berhampiran kediamannya di Ampang malam tadi ketika Putrajaya sedang berusaha memerangi jenayah berhubung penggunaan senjata api.
AirAsia X Starts KL-Adelaide Route
Shahrinawati Abu Bakar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas perompak dipercayai menyerangnya selepas beliau meletakkan kenderaannya di luar rumah.

"Mereka menyerangnya menggunakan parang," menurut emel Air Asia X kepada The Malaysian Insider.Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata, Shahrinawati, sebagai "seorang anak muda yang berbakat" dan telah dihantar ke Melbourne untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa.

"Beliau juga telah bertunang dengan pegawai keselamatan kami dan akan berkahwin dalam tiga bulan akan datang," kata emel tersebut.Pembunuhan gadis tersebut berlaku ketika insiden bunuh menggunakan senjata api memuncak di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 22 kematian direkodkan sejak Mei.
AirAsia X First Flight to Osaka, Japan ~ Malaysia Asia
Statistik Putrajaya mendapati kes bunuh dan rompakan menggunakan senjata api meningkat pada suku ketiga tahun 2013, berbanding tempoh sama pada 2012 walaupun kadar jenayah keseluruhannya menurun.

Statistik yang dikeluarkan Pemandu menunjukkan jenayah indeks sebanyak 74,127 bermula Januari hingga Jun 2013, menurun 2,120 kes daripada 76,247 yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes jenayah bagaimanapun meningkat daripada 14,811 kepada 15,098 bagi tempoh sama.Daripada jumlah itu, rompakan (termasuk samun berkumpulan) menggunakan senjata api turut meningkat daripada 69 kepada 74 kes.
Fly Air Asia X
Kes bunuh meningkat daripda 291 pada 2012 kepada 322 kes bagi tempoh enam bulan pada 2013.Jun 2013 menunjukkan kes tertinggi dengan 14 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata api dan tiga kes rompakan menggunakan senjata api.

Jenayah indeks merujuk kepada jenayah yang kebiasannya berlaku. Jenayah kejam adalah sub kategori jenayah indeks, termasuk kes bunuh, rogol, rompakan berkumpulan, dan rompakan tanpa atau dengan senjata api.
Air Asia X launching quiet “kids-free” zone 
Putrajaya telah mengisytiharkan perang terhadap 40,313 individu yang dikenalpasti daripada 49 organisasi yang dipercayai geng penjenayah.Antara geng berkenaan adalah Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata ahli geng berkenaan dipercayai terlibat kes bunuh dan juga aktiviti melibatkan dadah.Mereka melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 5(1) Akta Persatuan 1966, yang digazetkan semalam. ~the malaysian insider


Kematian Eksekutif Penerbangan AirAsia X Penuh Tragis
Rakan dan keluarga di upacara pengebumian Shahrinawati petang tadi.

Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar semakin bertambah tragis.Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi. Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang pemimpin yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang. "Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. ~the malaysian insider

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena