Monday 19 August 2013

Wasiat Tunku Abdul Rahman Kepada Orang Melayu, "Hapuskan UMNO" & Melayu melarat kerana UMNO...

Isnin, 19 Ogos 2013
“Janganlah pimpinan UMNO hendak menipu orang Melayu. Kita makin sedar siapa sebenarnya mereka,” - MP DAP Raub
Melayu miskin kerana UMNO

Mungkinkah ini wasiat Tunku Abdul Rahman Kepada Orang Melayu
Wasiat Tunku Abdul Rahman Kepada Umno
Kepada seluruh ahli Umno, hormatilah saranan, wasiat bekas Presiden Umno yang juga bekas Perdana Menteri kita; Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Tunku Abdul Rahman semasa hayatnya, beliau meminta orang Melayu hapuskan UMNO

Kerajaan Rakyat

Di negeri UMNO paling kuat dalam dunia.. Melayu adalah pailng miskin..

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.


Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir.


Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, January 15, 2013



Monday, August 19, 2013
Melayu melarat kerana UMNO
Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

RAUB, 19 OGOS: Kemelaratan dan kesusahan hidup yang dialami sebahagian besar orang Melayu bukan kerana bangsa lain atau malas sebaliknya kerana ketamakan pemimpin Melayu sendiri.
Tambah menyedihkan, bukan setakat itu, DAP pula yang sering dituduh mahu ‘menjatuhkan’ Melayu semata-mata takut kepada perjuangannya yang semakin diterima baik masyarakat Malaysia.

Demikian ulas Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menempelak UMNO kerana sering menuding jari menyalahkan bangsa lain terhadap ‘bala’ yang menimpa orang Melayu.
“Saya rasa elok kita beri sedikit pencerahan supaya orang Melayu sedar bahawa UMNO adalah sebuah parti feudal yang menjaga kepentingan elit dan Melayu terpilih,” ujar beliau.

Katanya, UMNO akan cuba sedaya upaya menunggang nama ‘Melayu’ hanya semata-mata demi kekayaan dan kejayaan kelompok mereka sendiri.
“Sebab itu kita tidak perlu hairan bila bangsa lain malah DAP sendiri dipersalahkan atas kegagalan orang Melayu bersaing dan berjaya.

“Sebenarnya orang Melayu terus diperbodohkan pemimpin UMNO yang korup. Mereka juga yang banyak menolong tauke Cina merompak negara ini,” kata beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, kenyataannya itu berdasarkan pengamatan yang dibuat sendiri oleh tokoh pendidikan negara, Pendita Zaaba.

“Kesusahan orang Melayu disebabkan pemerintahan yang terdiri dari bangsa mereka sendiri. Ini bukan saya yang kata- ini adalah pengamatan Pendita Zaaba sejak 1927 lagi yang tetap releven sampai hari ini,” ujar Mohd Ariff Sabri.

Justeru itu, beliau mahu pemimpin UMNO sedar bahawa di sebalik kejayaan mereka ialah bangsa Cina dan usah lagi berpura-pura di hadapan orang Melayu.
“Janganlah pimpinan UMNO hendak menipu orang Melayu. Kita makin sedar siapa sebenarnya mereka,” katan beliau.
Muktamad


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena