Thursday 22 August 2013

Bas Genting jatuh gaung sebab berlumba dengan pemandu teksi – NST

Khamis, 22 Ogos 2013
Bas Genting jatuh gaung sebab berlumba dengan pemandu teksi 
kes bas genting jatuh gaung
KUALA LUMPUR – Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands semalam lapor New Straits Times.

Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.
“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.
mayat bas genting mati hospital hkl
Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.

“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.

“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.
gambar mayat bas genting

Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.

Sebuah bas yang membawa 53 orang penumpang telah terhumban ke dalam gaung sejauh 200 kaki semalam, menyebabkan 37 maut.

Semua mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sementara yang cedera dihantar ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Bentong.
gambar bas genting
Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
1. Wong Teraphong, 63 – Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 – Bangladesh
3. Saidah, 19 – Malaysia
4. Razif, 26 – Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 – Malaysia

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14 – Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja’afar, 25 – Malaysia
3. Nur Fathiah Ja’afar, 21 – Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 – Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 – Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 – Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 – Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 – Indonesia
– BERNAMA
Bergaduh dengan pemandu teksi punca bas genting jatuh gaung
mayat bas jatuh gaung kemalangan gh
Ketika punca sebenar kemalangan bas di Genting Higland semalam masih tidak dapat dipastikan secara rasmi, beberapa versi cerita telah muncul daripada mangsa yang terselamat lapor Malaysiakini.

Seorang daripadanya, Mosammat Sirajum (kanan) mendakwa sejurus sebelum kemalangan berlaku, pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi kelihatan marah-marah di antara satu sama lain sewaktu memandu kenderaan masing-masing.

“Dua anak saudara lelaki saya nampak pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi seperti saling menunjuk-menunjukkan isyarat marah  antara satu sama lain,” kata pemastautin tetap Malaysia dari Bangladesh itu.

“Menurut mereka, pemandu teksi itu cuba memotong bas tersebut dan pemandu bas sempat menekan pedal brek,” kata Mosammat sewaktu ditemui di Hospital Selayang.

Menurutnya, anak-anak saudara beliau yang masing-masing berumur 22 tahun dan 14 tahun kehilangan ayah mereka yang berusia 54 tahun dalam kemalangan itu walaupun ibu mereka terselamat.

“Ini kali pertama sepupu saya, seorang warganegara Kanada, membawa keluarga mereka ke Malaysia,” katanya.
by Mahadzira

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena