Friday 16 August 2013

Klang: Lelaki maut ditembak ketika minum dengan rakan...Negara Selamat @ Selamatkan Negara?

Jumaat, 16 Ogos 2013
Negara Selamat @ Selamatkan Negara?
Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 Yang Hebat ...
Kes tembakan jadi harga kebebasan, kata Dr Mahathir
bermakna pihak berkuasa tidak boleh mengambil langkah pencegahan untuk mengelak perlakuan jenayah...
Aik! Gitu Pulak?
Rakyat Malaysia perlu membiasakan diri dengan peningkatan kes pembunuhan di jalanan kerana ia adalah "harga untuk kebebasan", kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kebebasan sivil yang lebih luas bermakna pihak berkuasa tidak boleh mengambil langkah pencegahan untuk mengelak perlakuan jenayah.

"Harga untuk kebebasan, untuk liberalisme, untuk bercakap apa yang kita mahu, harganya ialah orang terbunuh.

"Sebelum jenayah dilakukan, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mencegahnya.
"Ada orang malang kena tembak, dia mati, kemudian kita bicara (di mahkamah)," katanya kepada pemberita hari ini.
Mk.
Sambutan Hari Polis Penuh Sayu & Patriotik
PDRM: Hampir 80% anggota ditugas cegah jenayah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan hampir 80 peratus anggotanya termasuk daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk tugas pencegahan jenayah di seluruh negara.
  
Justeru,Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed berkata adalah tidak wajar bagi pihak tertentu melabelkan JSJ tidak aktif mencegah jenayah, kerana hanya meletakkan sembilan peratus anggota melakukan tugas itu.
  
"Jangan melihat kepada satu skop sahaja iaitu JSJ yang melakukan tugas itu tetapi lihatlah juga kepada keseluruhan (PDRM). Jawatan ketua polis daerah dan ketua polis balai merupakan jawatan yang juga diletakkan di bawah tugas am... semuanya bertujuan untuk pencegahan jenayah.
  
"Jadi kita tidak boleh melabel mereka sebagai tidak aktif. Ini merupakan fakta yang tidak betul," kata beliau kepada Bernama.
  
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkata polis hanya memperuntukkan sembilan peratus daripada anggota JSJ untuk mencegah jenayah ketika mengumumkan pelantikan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) parti itu.
  
Menurut Lim, CAT akan berusaha mendapatkan pertambahan anggota JSJ daripada 10,150 anggota sekarang kepada 56,000 atau 50 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota PDRM.
  
Mengulas lanjut, Ramli berkata memerangi jenayah ialah tugas yang melibatkan keseluruhan jabatan.
  
"Faktor pencegahan jenayah adalah penting dalam sistem kepolisan dan faktor ini tidak pernah diabaikan di dalam semua peringkat polis," katanya menambah bahawa PDRM juga merapati masyarakat untuk mempertingkat elemen pencegahan jenayah.
  
Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim memberitahu Bernama adalah lebih baik jika semua menteri besar dan ketua menteri melihat semula bidang kuasa masing-masing, terutama berhubung mengawal selia premis hiburan.
  
"...ini kerana di situlah bermulanya tempat budak-budak gangster berkumpul dan seterusnya melakukan aktiviti jenayah," katanya.
  
Beliau juga berpandangan cadangan menempatkan 50 peratus anggota PDRM di bawah JSJ sebagai kurang efektif kerana setiap jabatan dalam PDRM mempunyai tugas hakiki masing-masing.
  
"...kita mengandaikan kalau 50 peratus diletakkan di bawah JSJ, siapa hendak menjalankan tugas yang lain contohnya jaga lalulintas dan sebagainya," katanya.
- Bernama/Mk
 Lelaki maut ditembak ketika minum dengan rakan
Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di Klang, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi hari ini.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya kemudian dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.
  
"Lelaki yang membonceng motosikal itu turun dan secara tiba-tiba mengeluarkan pistol dari pinggang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka bertempiaran menyelamatkan diri.
  
"Suspek kemudian menaiki semula motosikal bersama rakannya dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di Klang hari ini.
  
Beliau berkata tembakan berkenaan dipercayai mengenai pipi dan dada Sambhath dan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
  
Jani berkata tiga lagi rakan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
  
"Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan juga Akta Senjata Api," katanya.
  
Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu serta mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama/Mk
 Gambar Sekitar Sambutan Hari Polis Ke 206
*Gambar sekadar hiasan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena