Thursday 28 December 2017

[Video Berapa Lah Gaji Driver Ni & Najib dan Rosmah patut jadi pemandu Uber] Negeri lain pun tambak laut, mengapa menteri tak bising?

Khamis, 28 Disember 2017



Negeri lain pun tambak laut, mengapa menteri tak bising?

Negeri lain pun tambak laut, mengapa menteri tak bising?

Kerajaan negeri Pulau Pinang mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan pusat khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung projek tambakan laut di negeri itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bantahan kerajaan terhadap projek tambakan laut di negeri itu hanyalah serangan bersifat politik menjelang pilihan raya.
“(Kerajaan) membenarkan penambakan laut di Kedah dan Johor tetapi tidak di Pulau Pinang.
“Ini semua semacam serangan politik untuk kempen pilihan raya,” katanya dilapor Buletin Mutiara.
Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung projek tambakan laut di Pulau Pinang.
Dr Wan Junaidi baru-baru ini menyifatkan projek tambakan laut di Pulau Pinang mempunyai banyak implikasi dan bukan terhad kepada sumber marin dan kehidupan nelayan.
Menjawab kritikan menteri berkenaan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pihaknya akan mendedahkan rekod projek tambakan laut negeri lain selain Pulau Pinang yang dibenarkan kerajaan pusat.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Menteri Dr P Ramasamy turut mengulas kenyataan Wan Junaidi yang dianggap sebagai ‘berat sebelah’.
“Junaidi tak patut buang masa untuk keluarkan kenyataan berat sebelah tentang projek di Pulau Pinang. Apatah lagi pilihan raya umum hanya beberapa bulan sahaja lagi.
“Saya yakin itu hanyalah gimik pilihan raya untuk mengekalkan kerusi parlimen dan kerusi-kerusi dewan undangan negeri di Balik Pulau,” katanya.
MD.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena