Wednesday 27 December 2017

[Video Mahkamah Timbangtara Antarabangsa di London akan MENGHANTUI UmnoBN] Malaysia Bankrap Jika Umno Abai Amaran Mahathir & Johari (Menteri UmnoBN) salahkan kerugian lama, tapi lupa 1MDB, Felda, kata pembangkang.

Khamis, 28 Disember 2017
 
Image result for Gambar 1MDB
1MDB : Malaysia Bankrap Jika Umno Abai Amaran Mahathir Tentang 1MDB, Kata Bekas Naib Presiden Umno

Johari salahkan kerugian lama, tapi lupa 1MDB, Felda, kata pembangkang 

Johari salahkan kerugian lama, tapi lupa 1MDB, Felda, kata pembangkang 
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Menteri Kewangan Kedua Johari Abdul Ghani sebagai cuba mengalihkan perhatian terhadap isu 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.

SURAT terbuka Menteri Kewangan kedua Johari Abdul Ghani kepada pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad semalam adalah "sangat terpilih" mengalihkan perhatian kepada kerugian forex Bank Negara bagi mengelakkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata pemimpin pembangkang. 
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Johari berhati-hati menunjuk kepada kekurangan Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan Anwar Ibrahim, yang berkuasa ketika skandal perdagangan forex bank pusat terdedah pada awal 1990-an.
Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat skandal itu baru-baru ini melibatkan kedua-dua mereka, yang kini merupakan pemimpin utama dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan. 
"Kenyataan Johari dilihat cuba untuk mendedahkan kelemahan Dr Mahathir dan Anwar dengan secara selektif cuba mengalihkan isu kepada RCI dan skandal froex BNM sekali lagi. 
"Agak jelas (Johari) cuba cuba menuduh pentadbiran lama gagal mengawal BNM sedang dalam masa yang sama cuba mengalihkan perhatian isu 1MDB," kata Saifuddin merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Berhad.
Semalam, Johari dalam satu surat terbuka mendakwa untuk menyelesaikan kerugian BNM, kerajaan terpaksa menjual saham BNM dalam Malaysia Airlines pada RM8 seunit dan dalam Malaysian International Shipping Corporation pada RM10 seunit kepada Kumpulan Wang Persaraan.
Kerajaan juga terpaksa memindahkan kepada BNM sahamnya dalam Telekom dan Tenaga Nasional Berhad untuk jumlah nominal RM1 seunit. Saham itu kemudiannya dinilai pada RM22.10 dan RM19.30 seunit untuk Telekom dan TNB. 
"Sekiranya kerugian tukaran wang asing ini tuidak benar, kerajaan tidak akan mengambil langkah drastik untuk menampung kerugian BNM ketika itu, kata Johari. 
Menurutnya, BNM menganggung kerugian kerana ia terbabit dalam perdagangan spekulatif di bawah pengawasan Mahathir. 
Katanya, laporan audit dalam berkata, jumlah "lebihan" transaksi forex berlaku pada era Dr Mahathir. 
Surat menteri itu adalah penjelasan dari posting blog Dr Mahathir pada 24 Disember atas kerugian pertukaran asing BNM.
Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003 berkata, rizab antarabangsa BNM menanggung kerugian lebih besar di bawah pentadbiran Najib kini berbanding RM31.5 bilion kerugian yang ditanggung ban pusat itu dalam perdagangan forex pada 1990an. 
Sebelum itu, Dr Mahathir bertanya Johari sama ada kerugian bank yang dilaporkan oleh bank pusat berjumlah AS$39.6 bilion (RM161.6 bilion) dari tahun 2013 hingga 2015 disebabkan aliran keluar dana asing.
Saifuddin berkata Johari juga perlu menjawab soalan berhubung 1MDB sekiranya beliau mahu bercakap tentang BNM. 
"Sekiranya sistem kawalan BNM sangat ketat, mengapa dana 1MDB disalurkan kepada akaun Ambank MO1 tanpa disedari?" soal pemimpin PKR itu. 
Beliau merujuk kepada dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bahawa jutaan ringgit daripada syarikat pelaburan itu dipindahkan ke akaun peribadi Ambank milik "Malaysian Official 1", yang disahkan sebagai Perdana Menteri Najib Razak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan. 
"Sejujurnya, kita perlu maklumat lebih dalam mengenai pemindahan saham Telekom, MAS dan MISC. Saya percaya Dr Mahathir boleh membawa isu ini," kata Saifuddin. 
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dari DAP berkata tidak ada rakyat Malaysia akan mengambil usaha kerajaan mengenai siasatan kerugian forex secara serius melainkan ia turut sedia melakukan perkara yang sama dengan 1MDB dan Felda.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dari DAP berkata tidak ada rakyat Malaysia akan mengambil usaha kerajaan mengenai siasatan kerugian forex secara serius melainkan ia turut sedia melakukan perkara yang sama dengan 1MDB dan Felda.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.
Sementara itu Zairil Khir Johari dari DAP berkata tidak ada rakyat Malaysia akan mengambil usaha kerajaan mengenai siasatan kerugian forex secara serius melainkan ia turut sedia melakukan perkara yang sama dengan 1MDB dan Felda.
Kerajaan juag tidak mempedulikan gesaan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal 1MDB dan juga kontroversi yang melanda Felda, yang terbaharu mengenai pemindahan hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM1 bilion di Kuala Lumpur. 
Hak milik tanah ditukarkan kepada syarikat swasta pada harga hanya RM270 juta. Skandal itu kini di bawah siasatan polis. 
"Johari boleh cakap apa sahaja yang beliau suka tentang kerugian BNM - tiada siapa yang membantah kerugian besar dibuat kerana strategi spekulasi yang pada akhirnya tidak berfungsi seperti yang dirancang," kata Zairil. 
DoJ pada jun tahun ini memfailan saman bagi merampas lebih AS$1.7 bilion aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.
 
Peguam Negara AS Jeff Sessions menyifatkan kes 1MDB sebagai "kleptokrasi paling teruk".
Ketua penerangan Amanah Khalid Samad berkata kerugian forex BNM sepatutnya memberi pengajaran kepada Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.
Ketua penerangan Amanah Khalid Samad berkata kerugian forex BNM sepatutnya memberi pengajaran kepada Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.
Sementara itu, ketua penerangan Amanah Khalid Samad berkata kerugian forex BNM sepatutnya memberi pengajaran kepada Putrajaya bahawa ekonomi dan kewangan negara perlu diuruskan dengan telus dan amanah. 
Katanya skandal kewangan lain boleh diatasi sekiranya kerajaan lebih telus dan berintegriti. 
"Apa yang kita pelajari daripada kegagalan perdagangan forex?
"Inilah sebabnya kita minta ketelusan dalam bagaimana ekonomi dan kewangan negara diuruskan selama ini. 
"Sekiranya tiada ketelusan, rakyat akan lebih mengetahui tentang apa yang berlaku ketika itu (skandal forex).
"Pengajaran yang perlu diterima Johari di sini adalah kerajaan perlu lebih telus agar orang yang bersalah melakukan salah urus boleh dipertanggungjawabkan.
 
"Jadi telus sekarang dengan 1MDB," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu. – 27 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena