Tuesday 26 December 2017

[Video Himpunan turun harga minyak 31/12 jam 11.00pm berarak dari SOGO ke DATARAN MERDEKA tetap diteruskan] ‘Orang kampung pun faham kenapa duit tidak pernah cukup’.

Selasa, 26 Disember 2017

Image result for Gambar harga minyak naik
Cbbc

 Najib Jadi Bahan 'Troll' Selepas Harga Minyak Naik


‘Orang kampung pun faham kenapa duit tidak pernah cukup’

‘Orang kampung pun faham kenapa duit tidak pernah cukup’

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menempelak pihak yang menganggap masyarakat Melayu terutama di kawasan luar bandar kononnya tidak peka dengan jenayah rasuah yang berleluasa sepanjang pentadbiran Najib Razak.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, orang kampung juga tahu tentang masalah kewangan yang tenat dialami negara ini walaupun mengaut banyak hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan cukai lain.

“Kutip GST, cukai makin banyak tapi duit tidak pernah cukup. Najib tiap tahun gesa rakyat ikat perut.
“Subsidi minyak dipotong, potong subsidi gula konon tidak baik kepada kesihatan rakyat. Satu demi satu subsidi dipotong. Peruntukan universiti kemudian ditarik.
“Peruntukan kepada sekolah pun kena potong. Kertas kena beli dari PIBG. Hatta, zaman Najiblah, pertandingan Majlis Sukan-sukan Daerah pun tiada duit nak buat.
“Sebab itu, orang Melayu di kampung pun faham bila tengok belanjawan, boleh nampak sebenarnya kutipan wang makin banyak GST dikutip RM41,000 juta setiap tahun.
“Dia (Najib) kutip cukai pendapatan perseorangan dan syarikat-syarikat tahun ini RM127,000 juta,” ujarnya dalam siri Jelajah Bina Semula Negara di Kampung Permatang Pasir, Bagan Samak, Dun Bandar Baharu di Kedah, 23 Disember lalu.
Memberitahu itu adalah ceramah keenam pada hari itu dan ke-10 dalam tempoh dua hari, Rafizi memberitahu kerajaan Najib merancang untuk mengutip hasil kesemuanya berjumlah RM134 bilion tahun depan.
“Campur lagi dengan wang GST, duit minyak dan keuntungan Petronas yang dia kaut setiap tahun, dia ada RM200,000 juta lebih untuk dia berbelanja berbanding zaman Tun Mahathir dan Anwar dulu jadi menteri kewangan ada RM80,000 juta.
“Itu pun tidak cukup, harga minyak naik setiap minggu,” tegasnya dalam program anjuran Invoke Malaysia yang turut dihadiri Pengerusi AMANAH Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh.
Beliau turut mengimbas jumlah bunga yang perlu kerajaan Malaysia bayar mulai belanjawan pertama Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Rakyat tengok duit banyak, cukai banyak tapi kenapa hidup rakyat makin susah? Duit bunga makin tinggi.
“Bunga (pada 2010) yang kena kerajaan Malaysia bayar, yang rakyat biasa kena tanggung lebih kurang RM21,000 juta.
“Tujuh tahun kemudian sudah jadi lebih kurang RM32 bilion, sudah naik lebih RM10 bilion,” katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi membandingkan senario perbelanjaan negara dengan pendapatan individu jika memperoleh RM2,000 sebulan dengan kadar bunga pajak gadai sebanyak RM300.
“Bagaimana nak hidup? Masa itulah mula gadai, jual tanah, masuk skim cepat kaya curi duit orang, pusing duit menipu. Buat macam-macam sebab wang, gaji kita tidak mencukupi.
“Akhirnya, yang gadai tidak dapat tebus, yang bunga pun tidak mampu bayar. Begitulah keadaan Malaysia di bawah (pentadbiran) Najib bersama kawan-kawannya,” tambahnya lagi.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena