Wednesday 27 December 2017

[Video Lagi Pendedahan Isu Felda] Dulu Felda, sekarang ‘failed’ dah, kata Chef Wan.

Rabu, 27 Disember 2017

Dulu Felda, sekarang ‘failed’ dah, kata Chef Wan

Dulu Felda, sekarang ‘failed’ dah, kata Chef Wan

Chef Wan sebelum ini juga pernah "mengusik" isu Felda menerusi akaun Instagramnya. – Gambar Youtube, 27 Disember, 2017.

ANAK Felda wajar kecewa terhadap apa yang berlaku ke atas agensi pembangunan tanah rancangan itu sejak akhir-akhir ini, kata chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Dalam satu tulisan di Instagram, dengan tajuk keras "Dulu Felda, sekarang 'failed' dah", chef terkenal itu berkata apa yang berlaku ke atas agensi itu menyebabkan kaum keluarga peneroka Felda kini hilang kepercayaan kepada pihak pengurusannya.
"Beri saya satu sebab paling terbaik kenapa saya sebagai anak Felda tidak rasa kecewa dengan segala apa yang sudah terjadi dan bersuara," tulisnya di platform media sosial itu.
Katanya lagi, "penyamun-penyamun" yang terlibat seharusnya diheret ke pengadilan dan dihukum untuk menyelamatkan imej negara yang sangat memalukan ini.
Kata Chef Wan, beliau menyuarakan hal ini bukanlah dengan niat tidak baik "untuk sensasikan berita" kerana semua orang tahu apa yang berlaku seperti yang kini dilaporkan oleh media.
Ini bukanlah kali pertama chef berwatak ceria itu "mengusik" isu Felda melalui akaun Instagramnya.
Pada Ogos lalu, Chef Wan merakamkan rasa sedih "menitis air mata" mengenangkan apa yang berlaku ke atas Felda, yang beliau sifatkan sebagai "pengkhianatan ke atas peneroka Felda".
“Saya berasa kecewa orang sebegini telah mengkhianati kita. Harapkan pegar, pegar makan padi,” tulisnya dalam akaun Instagram pada 22 Ogos lalu.
Dalam tulisannya itu, beliau berkongsi keratan akhbar yang melaporkan berita penahanan bekas pengerusi Felda dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Isa Samad.
Isa ketika itu ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel mewah oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corp (FIC).
Selain siasatan berhubung pembelian hotel mewah itu dan kerugian yang dialami oleh FGV, Felda sekali lagi jadi perhatian selepas pendedahan kontroversi pemindahan hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
"Apa kami tidak ada hak untuk rasa kecewa dan dikhianati?" tulis Chef Wan.
"Semua kepercayaan yang ada semuanya habis hanyut ke laut. Jangan kata pada saya yang saya tidak ada hak untuk rasa marah dan kecewa melihat segala pengorbanan arwah ayah atau saya sendiri semasa remaja membesar di Felda."
Penyanyi jazz Sheila Majid sebelum ini dikecam hebat oleh penyokong Barisan Nasional (BN) kerana menyentuh isu semasa dan membangkitkan soal kemarahan rakyat mengenai kenaikan kos sara hidup. Antara kecaman itu termasuk beliau, sebagai penyanyi, tidak ada hak untuk mengkritik isu politik semasa.
Chef Wan sebelum ini mengkritik sebuah laman web kerana memutarbelitkan postingnya di Instagram yang seolah-olah menggambarkan beliau berpihak kepada parti politik tertentu.
Dalam posting yang memaparkan foto sehelai baju-t tertulis kata-kata "All I Want For Christmas is a new PM" itu, Chef mendedahkan beliau ada dihubungi oleh parti politik kerajaan dan pembangkang mengajaknya berkempen politik bersama mereka.
"Gajah dengan gajah berperang kita nak tersepit untuk apa?" tanyanya. – 27 Disember, 2017.
The Malaysian Insight


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena