Tuesday 19 December 2017

[Video Mahathir saman Najib, kerajaan] Sedap2 Najib makan KETAM di Colombo, rakyat pulak kais pagi makan untuk seminggu! Alahai PM ku? "Bang bole tak saya kongsi bayar sekali duit barang makcik tu".

Selasa, 19 Disember 2017

Foto Otai BERSIH.
Makan benda sedap..sedap yer..!
Foto Otai BERSIH.
Kisah Hidup Seorang Rakyat Marhaen..

Masa musim durian bulan lepas, aku pergi ambik durian di Selama, Perak. Aku singgah di sebuah kedai runcit dalam perjalanan ke kampung mesjid, Ijok. Nak beli roti & air mineral. Tengah beratur nak bayar kat kaunter ada makcik tua dlm umor 70an rasanya pun tengah beratur nak bayar barang2 yang dibeli@ beras 2 kilo, gula, tepung, telor, ikan masin. Brother kat kaunter tu kira dan cakap kat makcik tu semua skali RM23.70, makcik tu keluarkan duit kertas dari dalam gulung kain dia RM20 sambil terkebil-kebil bagitau dia ada RM20 jer sambil tak tau nak tolak yang mana barang yang terlebih harga tu.

Tiba-tiba ada brother yang beratur di belakang makcik tu bersuara, takpa tuan yang lebih tu saya bayarkan. Makcik tu pusing belakang tengok brother tu sambil ayer mata dia mengalir dan ucap terima kaseh. Lepas packing semua barang2 tu makcik tu pun keluar dari kedai tu.

Tiba2 ada mamat yang duk beratur depan aku tadi pegang bahu brother yang nak bayar harga barang makcik tu sambil dengan muka skema dia cakap "Bang bole tak saya kongsi bayar sekali duit barang makcik tu" brother yang nak bayar tu pun cakap alah sikit jer ni bro... mamat tu balas kalau sekupang pun kurang saya nak kongsi juga bayar sambil dia keluarkan duit bagi kat brother tu. Brother tu pun angguk kepala sambil senyum.

Aku pun tanya kat tuan kedai tu, makcik tu duk mana & kerja apa?. Tuan kedai tu bagitau, makcik tu duk dalam kebun getah rumah dekat sungai lebih kurang 1 kilometer dari jalan besar ni..kerja juai ikan darat & sayur kampung.. dia memancing ikan dan tahan bubu kat belakang umah dia. 2 minggu sekali dia mai la beli barang-barang keperluan dapur sambil aku jengok keluar kedai nak tengok makcik tu, aikkk...mana pergi pulak makcik tu dah hilang, laju betui makcik tu berjalan.

Semoga Allah rahmati makcik dan mamat berdua yg berebut-rebut nak bayar duit barang keperluan makcik tu.

Ni gambar makcik tu, depa panggei mak long.

1 comments:

kertia said...

Situs POKER paling menarik....
Apalagi kalau bukan www,royalqq,poker
Kini Hadir Game Terbaru ===>> GAME SAKONG
Dengan didukung server terbaik...
Sehingga permainan selalu lancar
Paling rame, Paling fair, NO ROBOT, Murni Player vs Player
Disinilah tempat berkumpulnya Master-Master Poker
Deposit minimum Rp. 15.000
Support Bank BCA, MANDIRI, BNI, BRI
Salam ROYALQQ

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena