Thursday 21 December 2017

[Video Tun M muncul di himpunan solidariti selamatkan Palestin & Inside al-Aqsa: A 360° tour of Jerusalem's holiest mosque] Tun M: Contohi Turki dengan menubuhkan Konsulat Malaysia di Baitulmuqaddis.

Jumaat, 22 Disember 2017



Related image

Image result for Gambar Masjidil Aqsa

Image result for Gambar Masjidil Aqsa


Dr M minta Najib tarik balik 'musuh AS musuh Malaysia'

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan untuk membuat pendirian bermakna ke atas Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump.
Menurutnya, ini termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik kata-kata serta janji-janjinya semasa lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pada bulan September lalu.
"Musuh kamu - mereka yang mengkufuri agama majoriti rakyat Malaysia dengan mendakwa keganasan mereka adalah Islam - adalah juga musuh kita," kata Najib dalam satu tulisan yang diterbitkan dalam laman web politik Amerika Syarikat, The Hill sempena ulang tahun serangan pengganas 11 September, 2001.
Gesaan Mahathir itu dibuat susulan Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadual menyertai perhimpunan di luar masjid Putrajaya petang ini untuk mengecam pengiktirafan Trump terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
"Parti pembangkang hanya mampu berdemonstrasi. Tetapi kerajaan boleh bertindak secara bermakna.
"Demonstrasi Umno bersama PAS hanya menjadi bermakna jika kerajaan BN bertindak terhadap Trump dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu catatan di blognya.
Mahathir berkata kerajaan harus mencontohi Turki dengan menubuhkan sebuah konsulat Malaysia yang diakreditasi kepada kerajaan Palestin di Baitulmuqaddis.
"Kami memanggil kerajaan Malaysia untuk mengundi memihak kepada resolusi draf yang mengutuk keputusan AS untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
"Pembangkang juga menyeru Najib untuk menarik balik kata-katanya kepada Trump semasa kunjungan ke atas presiden itu bahawa musuh AS juga adalah musuh Malaysia," katanya.
Mahathir berkata AS menganggap Palestin sebagai musuh dan oleh itu Malaysia mesti memberi jaminan kepada dunia bahawa Palestin bukan musuhnya juga.
Beliau berkata Malaysia juga harus menunjukkan bahawa ia menyokong Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Palestin.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena