Tuesday 26 December 2017

[Video UmnoBN lebih 50 tahun apa pun tak boleh buat "Macam beruk dpt kertas!" & Memalukan Wanita/Puteri Umno Tergedik-gedik Menari?] Menang sorak bernyanyi2-maruah, tanah, kampung, Felda dan negara tergadai.

Selasa, 26 Disember 2017

Menang sorak bernyanyi-nyanyi - maruah, tanah, kampung dan negara tergadai.

anak kecil main api... 

Baitulmaqdis: Apa langkah seterusnya selepas berhimpun....

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 29 minit yang lalu
Bekas duta Redzuan Kushairi berkata Putrajaya mesti mengkaji semua hubungan dengan Presiden AS Donald Trump dan pentadbirannya. [image: Redzuan-Kushairi-solidarity-jerusalem-putrajaya]Menganjurkan perhimpunan solidariti untuk Palestin tindakan yang bagus tetapi Malaysia perlu mengambil langkah konkrit untuk membantu perjuangan Palestin, kata seorang bekas diplomati hari ini.


Gigih pertahan tanah Baitulmaqdis, tapi hilang tanah FELDA


Mungkin perumpamaan itu bukanlah paling tepat menggambarkan sentimen rakyat Malaysia khususnya umat Islam tentang krisis perebutan Baitulmaqdis yang telah berlangsung lama.
Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat jelas menggambarkan pendirian negara ini terhadap krisis di Timur Tengah itu.
Kata Najib, pendiriannya mempertahankan Baitulmaqdis tidak akan berganjak walau ‘dikerat beberapa kali’ dan ‘walau tinggal seketul daging’.
Namun, tatkala Najib melaungkan slogan-slogan mengutuk keputusan Amerika Syarikat yang mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Masjid Putrajaya minggu lalu – tanah FELDA pula yang hilang, bukankah ironi?
Krisi tanah FELDA yang menjadi berita gempar itu tidak sedikit mencuit hati rakyat.
Soalnya, di sebalik slogan pembebasan dan keamanan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis, tanah FELDA milik ‘Melayu-Bumiputera’ yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah menjadi korban.
Ia dipercayai berlaku melalui sebuah transaksi yang meragukan pada 2015 ketika Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menerajui Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) yang dilantik pada 2011 hingga Januari lalu.
Ekoran skandal mengejutkan itu, polis telah pun menubuhkan pasukan siasatan khas menyiasat sebarang kemungkilan berlakunya penipuan dalam perkara tersebut.
“Bagaimana BN nak pertahankan Baitulmaqdis jika aset-aset orang Melayu-Bumiputera seperti tanah Felda tergadai?” sindir Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri.
Krisis tanah FELDA ini katanya jelas menunjukkan kepimpinan UMNO gagal mempertahankan ‘hak Melayu’.
Pada masa yang sama, tentera siber parti Melayu tersebut sering menjadikan DAP sebagai kambing hitam melalui pelbagai fitnah jahat menuduh parti itu mahu menggadaikan hak bumiputera di negara ini.
“Lihat sahajalah apa yang pemimpin UMNO katakan kepada DAP semasa PAU2017 lalu, DAP jadi mangsa kambing hitam mereka.
“Sekarang, tanah FELDA terlepas, entah alasan apa lagi yang mereka (UMNO) akan cakap,” kata Adun Mentakab itu.
Selain itu, dakwaan liar lain kata Tengku Zul termasuklah mencipta dongeng palsu kononnya DAP mahu mengisi jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengambil alih pentadbiran dari BN selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
“Sentimen agama dan kaum sering dimainkan untuk mengalihkan rakyat dari isu sebenar, tatapi kini rakyat semakin bijak buat penilaian,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau pada masa yang sama berharap supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal tanah FELDA tersebut. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena