Saturday 30 December 2017

[Video USUL ANAK MUDA sempena PAT PPBM] Kad MERAH untuk Najib & Pergi MAMPUSLAH Umno! Bersatu desak kerajaan benarkan agensi PPB, Sekretariat Komenwel pemerhati PRU14.

Sabtu, 30 Disember 2017

Image result for Gambar Buku kad merah untuk najib
Image result for Gambar Buku kad merah untuk najib

Bersatu desak kerajaan benarkan agensi PPB, Sekretariat Komenwel pemerhati PRU14

Bersatu desak kerajaan benarkan agensi PPB, Sekretariat Komenwel pemerhati PRU14

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan membenarkan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Sekretariat Komenwel hadir ke Malaysia sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertama parti itu hari ini berkata, ia bertujuan bagi mengelak penyelewengan dan penipuan yang mungkin akan berlaku sepanjang tempoh pilihan raya diadakan.
“Kita mesti tolak politik kotor Barisan Nasional (BN) yang semakin kerap memainkan isu perkauman.
“Isu perkauman adalah modal terakhir untuk menakut-nakutkan pengundi supaya tidak mengundi Pakatan Harapan,” ujarnya di hadapan 983 perwakilan membabitkan 157 bahagian pada perhimpunan yang diadakan di IDCC Shah Alam hari ini.
Bersatu mengadakan Perhimpunan Agung Pertama parti itu di IDCC Shah Alam hari ini.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat tidak terus terperangkap dalam permainan politik kotar BN yang hanya mengunakan isu perkauman semata-mata untuk menutup kelemahan mereka.
“Kita tidak sekali-kali mengunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih undi,” ujarnya.
Himpunan yang diadakan hari ini turut dihadiri rakan dalam Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan NGO serta pemerhati.
Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya Pakatan Harapan memberitahu rakyat mengenai apa tawaran Pakatan Harapan.
Himpunan yang diadakan hari ini turut dihadiri rakan dalam Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan NGO serta pemerhati.
“Gagasan kita untuk wujudkan sebuah kerajaan yang lebih bersih, beramanah dan berintegriti; reformasi institusi secara menyeluruh untuk menjalankan tadbir urus negara dengan adil dan demokratik; serta pembelaan terhadap hak asasi rakyat seperti dijamin Perlembagaan,” ujarnya yang mahu rakyat membina gelombang rakyat untuk menumbangkan BN.
Muhyiddin turut berkata perjuangan partinya, berpegang kepada prinsip untuk membela rakyat dan mempertahankan hak seluruh rakyat Malaysia.
“PPBM akan terus berpegang dengan prinsip membela dan memperjuangkan hak rakyat sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak yang sah untuk semua kaum akan dipertahankan.
“Begitu juga hak individu untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana dijamin oleh Perlembagaan.
“Janji kita untuk membela hak seluruh rakyat Malaysia secara adil dan saksama tanpa kira kaum dan agama,” ujarnya.
Hari ini juga secara rasmi jawatan Pengerusi Tetap Datuk Seri Mohd Sharif Omar dan Timbalan Pengerusi Tetap Datuk Azmi Daim telah dicadang dan disokong oleh perwakilan yang hadir.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena