Thursday 21 December 2017

[Video Tiada Lagi Kebanggaan Negara Era Kepimpinan BANGSAT UmnoBN!] Himpunan Turun-Turun: Pemuda PH serah notis ke IPK Polis Dang Wangi.

Khamis, 21 Disember 2017

Image result for Foto Proton jual kpd China


Related image
Semua Dia Lelong Pada Komunis China.

Himpunan Turun-Turun: Pemuda PH serah notis ke IPK Polis Dang Wangi

Wan Anwar bercakap kepada pemberita sebelum mengiringi Pemuda PH menyerahkan permohonan di IPK Dang Wangi.

Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan notis kepada pihak polis bagi mengadakan Himpunan Turun-Turun menjelang sambutan tahun baru di Dataran Merdeka, 31 Disember ini.

Notis pemberitahuan dibawah Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) itu dikemukakan anggota sekretariat Gerakan Turun-Turun (Turun Harga Minyak, Turun Najib), Ahmad Syukri Che Ab Razab di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.
Turut mengiringi Ahmad Syukri ialah pengarah Biro Undang-undang Pemuda Pakatan Harapan Wan Anwar Wan Ibrahim dan ahli jawatankuasa Pemuda PPBM Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.
Ahmad Syukri Che Ab Razab
Dalam permohonan yang dikemukakan Ahmad Syukri kepada ketua polis daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah, perhimpunan aman itu diadakan bagi mendesak kerajaan mengembalikan subsidi bahan api dan menurunkan harga minyak.
Perhimpunan itu akan bermula di perkarangan pasaraya Sogo pada jam 11 malam sebelum berarak ke Dataran Merdeka melalui jalan Tuanku Abdul Rahman.
Peserta perarakan itu dianggarkan berjumlah 500 orang dan dijangka sampai ke Dataran Merdeka dalam tempoh 15 minit.
Bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur, pihak penganjur melantik Mohd Ashraf Mustaqim sebagai individu bertanggung jawab dalam hal ehwal keselamatan.
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerahkan permohonan, Ahmad Syukri berkata, objektif perhimpunan itu adalah bagi mendesak kerajaan mengembalikan subsidi minyak.
Penarikan subsidi minyak, ujar beliau menyebabkan kenaikan harga petrol dan diesel yang pastinya memberi kesan kepada rakyat.
Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH pula berkata, pihak penganjur memohon pihak polis untuk membantu menjaga keamanan dan tatasusila sepanjang perhimpunan itu berlangsung.
“Kita akan menunggu maklum balas daripada pihak polis,” ujarnya.
Mohd Ashraf Mustaqim
Bercakap kepada pemberita, Mohd Ashraf berkata pihaknya akan memastikan perhimpunan itu berjalan dengan baik dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan pihak keselamatan.
Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama pihak polis untuk membantu menjaga keamanan dan keselamatan para peserta pada perhimpunan tersebut.
Ashraf turut menyeru orang ramai khususnya anak muda bagi menghadiri perhimpunan itu.
Sebagai usaha menarik kehadiran orang ramai, Pemuda PH ujarnya telah mengadakan flashmob di perkarangan pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada petang 16 Disember lalu.
“Flashmob yang serupa akan diadakan di beberapa ‘hotspot’ pada Ahad ini,” katanya.
MD

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena