Wednesday 20 December 2017

[Video najib penyamun ke tidak? Sampai Bila Isu 1MDB nak habis] Ekonomi merudum orang miskin makan roti, mee segera.

Khamis, 21 Disember 2017


Image result for Gambar orang miskin makanmee segera

Ekonomi merudum orang miskin makan roti, mee segera – Lip Eng

Ekonomi merudum orang miskin makan roti, mee segera - Lip Eng
Keadaan ekonomi negara semakin buruk menjelang 2018 menyukarkan golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan hidup mereka.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, dalam tinjauan yang dilakukannya di sekitar Kuala Lumpur, golongan berpendapatan rendah hampir-hampir tidak mampu untuk menyediakan makanan berkhasiat bagi diri dan ahli keluarga walaupun mempunyai pendapatan bulanan.
“Orang miskin sekarang hanya makan roti dan mi segera. Ramai yang tidak cukup wang perbelanjaan. Mereka mengalami kesukaran membayar bil-bil bulanan.
“Saya tahu situasi kewangan mereka sudah kritikal. Yang beragama Kristian pula makin ramai datang ke gereja meminta bantuan kewangan.
“Tidak usahlah kerajaan mengheboh-hebohkan statistik ekonomi yang ‘memberangsangkan’ jika di peringkat akar-umbi, warga marhaen terutamanya orang miskin di bandar-bandar besar mengalami cabaran hidup yang amat getir setiap hari,” kata Lip Eng kepada Suara pakatan daily.
Selain itu, beliau juga mengecam kerajaan BN kerana gagal mengawal kenaikan harga barang ketika penganut Kristian akan menyambut Hari Natal pada 25 Disember ini.
“Dalam perhatian saya, sejak awal Disember harga bermacam-macam barang telah mengalami kenaikan. Mengapa dan kenapa kerajaan belum lagi bertindak menurunkan harga barang runcit terutamanya barang makanan?
“Sepatutnya ia berharga lebih kurang RM9.30 seperti yang biasa berlaku untuk musim perayaan,” katanya lagi.
Beliau yang turun padang pada bulan ini untuk mendaftarkan pengundi baharu mendapat maklum balas bahawa rakyat sedang menunggu tarikh pilihan raya umum ke-14 untuk mengundi Pakatan Harapan kerana mereka sedar pentadbiran Kerajaan BN tidak mampu melakukan apa-apa.
“Pada pendapat saya, isu hangat bukan hanya 1MDB tetapi kos sara hidup.
“Kos sara hidup ‘menyerang’ saku rakyat dengan hebatnya hingga orang yang bergaji tinggi dan golongan usahawan pun tidak lagi mampu hidup senang kerana ekonomi sudah meleset dan mereka mengalami kerugian dalam perniagaan,” jelasnya.
Tambah Lip Eng lagi, ekonomi yang merosot juga menyebabkan peningkatan kadar jenayah apabila setengah orang menjadi ‘desperado’ dan merompak serta meragut untuk mendapatkan wang perbelanjaan harian.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena