Thursday 28 December 2017

[Video TV3 Tak Berani Siarkan Aset Terkini FELDA Sebab Najib, Isa Samad Dah Lesapkan] 'Gelombang Kedua' pemimpin dan ahli Pas keluar parti? Runding dengan PAS jangan sampai jejaskan Pakatan, kata Muhyiddin.

Jumaat, 29 Disember 2017

Runding dengan PAS jangan sampai jejaskan Pakatan, kata Muhyiddin

Runding dengan PAS jangan sampai jejaskan Pakatan, kata Muhyiddin
Ini bukan bergaduh, ini soal berlaku adil memberikan ruang kepada semua pihak dalam Pakatan Harapan supaya tidak menjejaskan gabungan pembangkang, kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengenai rundingan parti dalam PH dengan PAS. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2017.

SEBARANG rundingan pengagihan kerusi antara mana-mana parti komponen Pakatan Harapan dengan PAS jangan sampai menjejaskan gabungan pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Tetapi yang sebaik-baiknya bagi PH ialah menerima keputusan pucuk pimpinan gabungan itu, tiada lagi kerjasama dengan PAS dan bersiap sedia menghadapi pertembungan tiga penjuru, katanya.
Muhyiddin merujuk pada keputusan Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada 28 Ogos lalu.
"Bagi saya, itu yang sepatutnya kita terima. Kalau tidak nanti akan jadi masalah kepada parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan," katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin menjawab soalan dalam satu wawancara eksklusif menjelang Perhimpunan Agung Bersatu sulung esok, apakah masih ada rundingan antara parti-parti dalam PH dengan PAS berhubung pembahagian kerusi pilihan raya.
Muhyiddin yang juga pengarah jawatankuasa pilihan raya PH berkata beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai rundingan antara mana-mana parti komponen PH di Selangor dengan PAS.
"Kita tidak dilaporkan dan tidak diberitahu walaupun dulu ada disebutkan 'bagi kami sedikit ruang' dan kita kata okay.
"Jadi saya tanya balik dengan kawan saya di sebelah sana, dah sejauh mana runding, tak ada berita. Banyak mana kerusi yang selesai, tak ada berita.
"Mereka tak boleh buat begitu sehingga menjejaskan kami," kata Muhyiddin. 
"Ini bukan masalah ada pergaduhan, tidak. Kita bagi (ruang) tetapi dia pun mesti berlaku adil supaya ia tidak menjadi satu halangan atau sekatan (kepada) rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Harapan."
Wujud ura-ura yang gelombang kedua penghijrahan pemimpin dan ahli PAS Selangor ke dalam PKR di negeri itu, walaupun sudah dinafikan pucuk pimpinan parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Disember, 2017.
Wujud ura-ura yang gelombang kedua penghijrahan pemimpin dan ahli PAS Selangor ke dalam PKR di negeri itu, walaupun sudah dinafikan pucuk pimpinan parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Disember, 2017.
The Malaysian Insight minggu lalu melaporkan PKR Selangor telah diminta bersiap sedia untuk menerima gelombang kedua penghijrahan keluar pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan menyertai PKR serta seterusnya bertanding atas tiket parti itu dalam PRU14. 
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, gelombang kedua penghijrahan ini, selepas gelombang pertama yang menyertai Amanah, akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan PH.
PAS bagaimanapun menepiskan laporan ada wakil rakyatnya di Selangor yang akan masuk PKR.
Naib Presiden PAS, Iskandar Samad berkata ia khabar angin bertujuan menjejaskan persiapan parti Islam itu menghadapi PRU14, yang dijangka akan diadakan pada suku pertama tahun depan.
Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan agung sulung esok, Muhyiddin berkata lebih kurang 1,000 perwakilan dari 137 bahagian yang telah disahkan pendaftarannya akan hadir pada mesyuarat yang akan diadakan di Shah Alam.
Ia akan turut dihadiri oleh pemerhati dari 21 bahagian yang masih menunggu kelulusan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, serta jemputan terdiri daripada wakil-wakil parti komponen PH, duta-duta asing di Malaysia dan pertubuhan masyarakat.
Menurut Muhyiddin, perhimpunan itu hanya akan membahaskan satu usul iaitu usul ucapan dasar pengerusi yang akan dibentangkan oleh Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman.
'Kita putuskan agar perbahasan dibuat secara tertutup bagi memberi ruang kepada wakil-wakil negeri menyuarakan apa saja pandangan tanpa rasa kekok," katanya.
Perhimpunan sehari itu akan dibuka dengan ucapan Muhyiddin selaku presiden diikuti ucapan dasar Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad. – 29 Disember, 2017.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena