Tuesday 26 December 2017

[Video Beza Mahathir Najib: Malaysia tanpa 1MDB, GST & Kerajaan Najib Hanya Tahu Buat Hutang] Sifat perkauman Hadi mirip Umno semakin terserlah.

Selasa, 26 Disember 2017



Image result for Gambar Hadi sokong Umno
Straits Times: Hadi-Najib hampir SETIAP HARI telefon rancang Kerjasama PAS- UMNO

Sifat perkauman Hadi Awang mirip UMNO semakin terserlah


DAP mengecam kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan bahawa Kabinet mestilah dianggotai pemimpin dalam kalangan Melayu dan Islam sahaja.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai perkauman dan ekstrem, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Hadi itu juga bercanggah dengan Perlembagaan serta boleh mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.
“Dengan mengambil sikap ekstremis dan perkauman keras seperti itu, Hadi bukan sahaja akan menakutkan Sabah dan Sarawak, malah mungkin membawa kepada perpecahan Malaysia,” tegasnya dalam kenyataan.
Katanya lagi, PAS semakin cenderung memainkan sentimen perkauman mirip UMNO dan dalam masa sama mengabaikan skandal 1MDB serta pelaksanaan cukai regresif, GST yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin parti Melayu itu.
Hadi dalam dalam tulisannya yang disiarkan portal lidah rasmi PAS, Harakahdaily minggu lalu berkata “Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang berakidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh”.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sehingga kini parti BN selain UMNO seperti MCA, Gerakan dan SUPP dilihat berdiam diri dengan ‘pengkhianatan’ UMNO itu.
Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, parti-parti berkenaan tidak seperti DAP yang berani memutuskan kerjasama politik dengan PAS atas dasar mempertahankan prinsip Perlembagaan.
“Walaupun UMNO melakukan pengkhianatan, MCA, Gerakan dan SUPP terus bertahan dengan UMNO,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena