Thursday 21 December 2017

[Video Hadi Akui Mahu Bentuk Kerajaan Bersama Umno & Umno Pulak Nak Rampas Marang (Hadi-Pas)] Umno teliti 3 calon MB Selangor, Jamal tidak tersenarai.

Jumaat, 22 Disember 2017


Related image

Umno teliti 3 calon MB Selangor, Jamal tidak tersenarai

UMNO menimbangkan tiga nama untuk jadi calon menteri besar Selangor sebagai persiapan menawan semula negeri itu daripada pembangkang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, kata sumber.
Tiga nama itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Adun Dengkil Shahrom Mohd Sharif dan Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, yang juga merupakan ahli Parlimen Sungai Besar.
Sumber daripada kumpulan penasihat politik kepada Umno itu berkata nama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos bagaimanapun tidak ada dalam perbincangan tersebut.
Tiga nama berkenaan dikemukakan oleh badan penasihat politik itu kepada pucuk pimpinan Umno Malaysia untuk pertimbangan, tambah sumber.
"Kita bincang tiga nama itu saja. Nama Jamal tidak ada," kata sumber yang maklum tentang perbincangan itu kepada The Malaysian Insight, dengan syarat identitinya tidak didedahkan.
Jamal baru-baru ini menawarkan diri sebagai calon menteri besar Selangordengan janji beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab lebih baik berbanding Azmin Ali yang menerajui kerajaan negeri PH sekarang.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena