Saturday 30 December 2017

[Video Sempadan baru SPR pun tak dapat selamatkan BN] Skandal Isa Samad untuk alih perhatian daripada MO1, kata Dr Mahathir.

Sabtu, 30 Disember 2017

Skandal Isa Samad untuk alih perhatian daripada MO1, kata Dr Mahathir

Skandal Isa Samad untuk alih perhatian daripada MO1, kata Dr Mahathir
Bersatu’s strength lies in its experience, says Bersatu chairman Dr Mahathir Mohamad at the party’s first annual general meeting, in Shah Alam, today. – The Malaysian Insight pic by Seth Akmal, December 30, 2017.

LIPUTAN besar-besaran skandal penyelewengan Felda dan bekas Pengerusi, Isa Samad digunakan untuk menutup kes Malaysia Official Nombor 1 (MO1), kata Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohammad.
Beliau mempersoalkan mengapa baru sekarang dikenakan tindakan dikenakan ke atas Isa yang pernah menjadi pemimpin tinggi Umno lebih dua dekad termasuk sebagai menteri besar Negeri Sembilan.
Dr Mahathir menyifatkannya usaha membangkitkan kes melibatkan Isa itu sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat daripada kes melibatkan pemimpin utama negara.
“Untuk mengalih pandangan rakyat dari jenayah Malaysia Official 1 (MO1), kes Isa Samad diberi tumpuan akhbar dan TV kerajaan. Isa jadi MB (menteri besar) 20 tahun lebih - tak ada masalah. Kenapa sekarang di banyak masalah.
"Mungkinkah kerana dia nak dipersalahkan untuk menutup jenayah tertentu,” kata beliau dalam ucapan di Mesyuarat Agung Bersatu yang pertama di Shah Alam hari ini.
Nama MO1 itu merujuk kepada seorang pemimpin Malaysia dengan gelaran tersebut yang dirujuk dalam satu laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad.
Kes didakwa melibatkan Isa Samad itu pula dipercayai merujuk kepada isu berhubung skandal penjualan tanah, aset dan pemilikan Felda yang mula dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada minggu lalu.
Kes pemindahan hak milik aset berkenaan didakwa berlaku ketika Felda diterajui Isa Samad.
Isa dilantik sebagai pengerusi Felda oleh Najib Razak dan dilihat sebagai rakan baik perdana menteri itu sejak bersama-sama dalam gerakan Pemuda Umno pada tahun 1980-an
Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno selama 22 tahun juga mendakwa, Najib turut cuba melakukan pelbagai cara untuk menewaskan beliau termasuk menggunakan kuasa kerajaan untuk membatalkan pendaftaran Bersatu.
“Najib tak payahlah kamu sangkal. Dunia tahu jenayah yang kamu lakukan. Merekalah yang mendakwa kamu kleptokrat,” kata beliau.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Oktober lalu, mendedahkan parti itu berdepan kemungkinan dibatalkan penubuhannya kerana melanggar perlembagaannya sendiri dan juga Akta Pertubuhan kerana gagal mengadakan AGM selepas setahun penubuhannya.
Ketua Pengarah RoS Suriyati Ibrahim bulan lepas berkata, parti itu perlu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sekiranya ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang.
Seramai 900 perwakilan daripada 138 bahagian Bersatu hadir sejak pagi lagi bagi menyertai AGM sulung hari ini. – 30 Disember, 2017.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena