Friday 22 December 2017

[Video Prof. Dr Abdullah: KITA KESIAN Dengan Penyokong PAS & Senarai kata-kata bodoh menteri-menteri malaysia] Najib UmnoBN, kurangkan syarahan berapi, lihatlah fakta Melayu.

Jumaat, 22 Disember 2017


Image result for Gambar Umno Kaya rakyat miskin
Pemimpin BN & kroni kaya raya ROMPAK kekayaan hasilbuminya tetapi rakyat tetap miskin & daif.

Mesej untuk Umno: Kurangkan syarahan berapi, lihatlah fakta Melayu

Mesej untuk Umno: Kurangkan syarahan berapi, lihatlah fakta Melayu

Salam hormat saya tujukan kepada Umno, sebuah parti yang telah berkhidmat untuk bangsa dan negara selama 69 tahun lamanya sejak tahun 1946 dan sedang bersidang lima hari di PWTC.

Di sebalik senyum, gelak ketawa, pujian dan syarahan berapi-api perwakilan, saya berharap parti ini lihat keluh kesah ekonomi Melayu sekarang.

Kos sara hidup melonjak. Pertumbuhan gaji yang perlahan. Pengangguran naik. Nilai ringgit jatuh. Harga komoditi jatuh. Saiz hutang meningkat.
Jurang kaya-miskin bertambah. Pemilikan saham dan hartanah Melayu masih menyedihkan.
Beberapa data yang pilu dan sayu untuk renungan Umno:
1. Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana antara 4 hingga 5 peratus setahun berbanding pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun dari tahun 1945 hingga 1998.
2. Duit ringgit sudah jatuh 25 peratus dalam masa setahun kepada USDMYR 4.25 berbanding purata USDMYR 2.5 dari tahun 1970 ke 1998. Jurang ekonomi kaya-miskin semakin melebar dengan 20% orang terkaya di Malaysia menguasai 90% daripada kekayaan negara.
3. Hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding RM90 bilion pada tahun 1998 dan RM2 bilion pada tahun 1970. Hutang terkini isi rumah Malaysia adalah 88% dari KDNK atau RM940 bilion, antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding hanya 16% atau RM70 bilion pada tahun 1998.
4. Walaupun kadar pengangguran masih terkawal, jumlah pengangguran meningkat 20 peratus dalam setahun. Jabatan Perangkaan anggar seramai 460,000 orang tidak mempunyai pekerjaan. Daripada angka ini, 161,000 lulusan universiti umur di antara 20 dan 24 tahun tak ada kerja. 70% daripada semua graduan menganggur pada tahun 2010 adalah Melayu Bumiputera. Sekitar 10,000 belia yang diisytiharkan muflis pada tahun 2012 adalah orang Melayu.
5. Pendapatan purata isi rumah Melayu dan Bumiputera adalah sekitar RM4400 bermakna 30% lebih rendah berbanding purata pendapatan isi rumah Cina dan 15% lebih rendah dari purata isi rumah India dalam tempoh yang sama. 25% dari isi rumah Bumiputera mendapat di bawah kira-kira RM2,000 sebulan. Kebanyakan Melayu dan Bumiputra bekerja di sektor kerajaan dan hanya 8% Bumiputra menguasai jawatan pengurusan di sektor swasta.
6. Nilai Bursa Malaysia telah berganda sejak tahun 2008 dan 90% daripada semua perusahaan mikro Malaysia adalah syarikat milik Bumiputera, tetapi yang peliknya kurang 10% daripada syarikat-syarikat senarai besar di Malaysia dimiliki Bumiputra.
7. Walaupun berjumlah 68% daripada penduduk dan politik Malaysia dikuasai Melayu, Bumiputera hanya memiliki 25% daripada jumlah nilai hartanah di Malaysia dan 22% daripada jumlah ekuiti di Malaysia.
Saya terpanggil dengan rintihan ini kerana ekonomi Malaysia dan Melayu khususnya sedang menempuh satu keadaan yang sangat mencabar sekarang, menuntut perubahan aggresif dari parti ini.
Di harap parti Umno memperjuangkan semua bangsa Melayu dan bukan hanya 10% Melayu terkaya di Malaysia.
* Penulis adalah Fellow Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena