Monday 25 December 2017

[Video Sah felda hilang tanah RM1 billion] Hanya beragama Islam boleh jadi ahli kabinet, kata Presiden Pas.

Selasa, 26 Disember 2017

Related image

Hanya beragama Islam boleh jadi ahli kabinet, kata Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketua negara dan anggota kabinetnya mestilah mereka yang beragama Islam.

Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh, tetapi pada masa sama, Islam memberi hak yang lebih banyak kepada penganut bukan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan lain-lain urusan kehidupan, lebih daripada hak yang diberi oleh pendukung dan pejuang ideologi ciptaan manusia dan agama lain terhadap pihak yang berbeza dengan mereka, kata beliau dalam tulisannya bertarikh 22 Disember yang disiarkan Harakahdaily.

Kata beliau lagi, apabila semua parti yang menegakkan ideologi masing-masing kalau memerintah negara, tidak memberi tempat dan kedudukan ketua kerajaan dan anggota kabinetnya kepada yang bukan parti mereka, maka kalau parti Islam dikira salah, fanatik dan pelampau apabila menegaskan bahawa kepimpinan negara wajib bersyaratkan Islam.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat,” katanya lagi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena