Wednesday 27 December 2017

[Video Tun Mahu Rakyat Tolak UmnoBN PRU14, Najib mesti DITURUNKAN] Skandal FELDA: ‘Pantang nampak ada duit, semua nak curi’ – Tun M.

Khamis, 28 Disember 2017

Skandal FELDA: ‘Pantang nampak ada duit, semua nak curi’ – Tun M


Terdapat pemimpin yang digelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “top man” yang sangat berkuasa sehingga boleh membuat keputusan sendiri dan mengaut keuntungan peribadi melalui penyelewengan harta awam.
Kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, individu terbabit begitu berkuasa sehingga mampu menukar hak milik tanah FELDA tanpa pengetahuan badan yang menjaga kepentingan peneroka itu.
“Benda yang semacam ini berlaku sepanjang masa. Nampak saja ada badan (kerajaan) yang mempunyai harta ataupun duit, adalah cadangan macam mana nak curi duit itu, nak sauk duit itu.
“Dan ini berlaku kepada FELDA. Ia berlaku kepada Tabung Haji, ia berlaku juga kepada kerajaan Malaysia, apabila tanah di Kuala Lumpur yang nilainya ialah lebih kurang RM7,000 satu kaki persegi, dijual kepada 1MDB dengan harga RM60 (satu kaki persegi).
“Lepas itu, 1MDB jual balik kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000. Inilah cara mereka menipu, mengambil harta kerajaan, harta rakyat dan dijadikan duit supaya duit itu boleh masuk poket orang tertentu” ujarnya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook PPBM.
Beliau berkata demikian mengulas skandal penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur melalui transaksi yang meragukan sejak 2015 seperti didedahkan Berita Harian baru-baru ini.
Tanah yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu, lapor akhbar berkenaan, berisiko jatuh ke tangan sebuah syarikat.
Susulan pendedahan tersebut, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad pada 21 Disember lepas mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuat laporan polis dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali tanah tersebut.
Polis hari ini mengesahkan Tan Sri Isa Samad, yang merupakan pengerusi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017, sebagai ‘person of interest’ dan akan mengambil keterangan beliau minggu hadapan.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, amat mustahil bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mengetahui mengenai penyelewengan membabitkan FELDA itu.
“Macam mana boleh kata Perdana Menteri tidak terlibat dalam kes FELDA ini.
“Perkara-perkara yang besar mesti dilapor kepada Perdana Menteri,” katanya mengulas gesaan beberapa pihak supaya tidak mengaitkan Najib dengan skandal FELDA. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena