Friday 22 December 2017

[Video PAS Khianat Perjuangan Rakyat Untuk Menentang UmnoBN & Pendedahan Pengkhianatan PAS Terhadap PKR] Tanah FELDA tergadai, DAP harap siasatan SPRM tidak berkesudahan seperti 1MDB.

Jumaat, 22 Disember 2017


Image result for Gambar tanah felda tergadai
Duit Setiap Peneroka di kebas sebanyak RM300 ribu seorang, ini dilihat pd kes Kadar Perahan yang di palsukan % nya... Peneroka pula bersorak RIANG RIA ...
Image result for Gambar Undi Pas atau Umno
Lagi pengakuan kerjasama dengan Umno.

Tanah FELDA tergadai, DAP harap siasatan SPRM tidak berkesudahan seperti 1MDB


DAP hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar terus menyiasat kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur bernilai lebih RM200 juta.
Peguam DAP, Zulhazmi Shariff berkata agensi berkenaan tidak wajar menyerahkan kes berkenaan kepada polis kerana jelas terdapat unsur rasuah.
“Kami minta supaya SPRM menyiasat semula kes ini kerana jelas terdapat unsur rasuah. Kami tidak mahu kes ini jadi seperti skandal 1MDB.
“Kes ini penting kerana ia melibatkan tanah milik warga FELDA yang bernilai ratusan juta di tengah-tengah ibu kota,” katanya kepada media, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang DAP Kedah berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM Kuala Lumpur.
Beliau ditemani Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Adun Kampung Tungku, Lau Weng San; Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof dan Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Siapa luluskan pindah milik?
Bagi Lip Eng, wujud keraguan bagaimana FELDA akan mendapatkan kembali hak tanah tersebut.
“Undang-undang tidak akan benarkan (pindah milik semula kepada FELDA), jika tanah itu sudah dipindahkan hak milik secara sah dan bona fide.
“Lainlah kalau Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad berkata bahawa dokumen berkaitan pindah milik itu palsu.
“Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang tandatangan surat kuasa pindah milik berkenaan?” katanya.
Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata bahawa pihaknya mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes berkenaan.
Namun, pihaknya mendapati terdapat unsur pecah amanah dan membuat keputusan untuk menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.
Pada hari sama, FELDA membuat laporan polis terhadap kes pindah milik tanah berkenaan.
Shahrir berkata laporan berkenaan adalah bagi mendapatkan semula pemilikan untuk tiga bidang tanah terbabit.
Menurutnya, tanah tersebut yang dikenali sebagai SPA1, SPA2 dan SPA4 dipindah hak kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda.
Sebelum itu, akhbar UMNO, Berita Harian melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah berkenaan apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2014.
Untuk rekod, Tan Sri Isa Abdul Samad adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017.
Beliau juga adalah Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena