Saturday 23 December 2017

[Video Kesalahan pengubahan wang 'serius' berkaitan 1MDB dikesan pada JPMorgan] Felda sudah kehilangan hak milik tanahnya di KL! Persoalannya, apakah peranan Najib? Adakah Pas perlu undi Umno?

Ahad, 24 Disember 2017

Asset Felda tergadai, benteng terakhir Melayu hanya slogan Umno
Image result for Gambar Felda tergadai
Image result for Gambar Felda tergadai
Adakah pakcik dan makcik terbaca laporan seperti di atas mengenai tanah Felda di Jalan Semarak dikatakan sudah tergadai dengan bertukar hak milik sejak 2015 ...
-tumpang sekole.
Pas perlu undi Umno?
Related image

KAWAN ISA SAMAD ATAU KENALAN NAJIB?


Di sebalik Felda sudah kehilangan hak milik tanahnya di Jalan Semarak kepada sebuah syarikat swasta secara percuma gara-gara diberikan "surat kuasa penuh" oleh agensi tersebut,  dua persoalan kini menjadi tanda-tanya ramai.

Pertama, siapakah yang mahukan atau mengarahkan "surat kuasa penuh"  itu diberikan dan siapa pula yang menandatangani surat tersebut?

Pelbagai khabar berlegar mengenainya, antaranya mengatakan ia adalah dengan kehendak Pengerusi Felda ketika iaitu Isa Samad dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah dengan tujuan agar syarikat yang memajukan Kuala Lumpur Vertical City itu tidak menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman dengan mencagarkan tanah yang sedang dimajukan itu kepada bank.
Ada juga yang mengatakan Isa hanya sebagai pelaksana semata-mata dan beliau dikatakan tidak mungkin berani melakukannya secara sendirian.

Dalam hal ini, difahamkan "surat kuasa penuh" itu ditandatangani oleh seseorang yang penting dalam Felda ketika itu di mana individu berkenaan juga ada terbabit dalam satu kes lain di mahkamah sekarang ini.

Soalnya, adakah tanah ini sudah dicagarkan kepada mana-mana bank dan Najib tidak tahu-menahu langsung mengenai "surat kuasa penuh" itu, sedangkan wakil JPM dan Kementerian Kewangan ada dalam Lembaga Pengarah Felda?

Jika sudah dicagarkan, mungkin ada beberapa kesukaran untuk Felda mendapatkan semula tanah itu berbanding sekiranya ia belum dicagarkan lagi.

Kedua, siapakah pemilik syarikat tersebut?
Meksipun di media sosial nama individu yang didakwa pemilik syarikat tersebut sudah tersebar luas, pertanyaan lain ialah sama ada beliau kawan kepada Isa Samad atau kenalan Najib Razak?

Ramai yang memperkatakan beliau adalah kawan Isa Samad dan dikatakan kerana hubungannya yang rapat dengan bekas Pengerusi Felda itulah beliau berjaya mendapatkan kontrak membangunkan Kuala Lumpur Vertical City itu.

Namun, jangan kita lupa bahawa Felda adalah adalah dibawah pengawasan Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Oleh itu, tidak mustahil untuk mana-mana syarikat mendapatkan sebarang kontrak besar daripada Felda, mereka bukan saja perlu rapat dengan Isa, tetapi juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.

Tentunya lebih afdal jika baik dan rapat dengan kedua-duanya sekali.
Dalam hal ini, meskipun lebih ramai yang mengatakan individu berkenaan adalah kawan baik Isa, tetapi sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh sebuah portal berita, individu terbabit pada 2016 pernah memandu sendiri keretanya ke Pekan untuk menyerahkan wang zakat sebanyak RM100 ribu kepada Najib.

Kalau tidak cukup rapat, bolehkah seseorang menyerahkan wang kepada Perdana Menteri?

Berita itu dengan sendirinya mengesahkan bahawa beliau, selain rapat dengan Isa, dalam waktu yang sama juga adalah kenalan dan baik dengan Najib.

Persoalannya, apakah peranan serta penglibatan Najib, bukan saja dalam pemilihan syarikat individu berkenaan sebagai kontraktor untuk memajukan Kuala Lumpur Vertical City, tetapi juga berkaitan pengeluaran "surat kuasa penuh"  itu?
Atau mungkinkah segala-segalanya dilakukan oleh orang-orang tertentu di Felda sahaja tanpa diberitahu dan dimaklumkan kepada Perdana Menteri?

Sekali lagi, siapa wakil JPM dan Kementerian Kewangan dalam Lembaga Pengarah Felda?

Terlanjur sudah ditubuhkan pasukan petugas khas dan ada juga yang mahukan siasatan dilakukan hingga ke akar umbi, maka siasatan tidak harus terhad kepada Felda semata-mata, sebaliknya wajib hingga ke Perdana Putra dan Seri Perdana. (ShahbudinHusin 23/12/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena