Tuesday 26 December 2017

[Video PADU Umno KENA HENTAM!~Wakil Rakyat Buat Apa] Hanya dengan satu gambar Billboard.. UMNO dan PAS dah jadi tak tentu arah? Politik Sehala & Taksub Hadi.

Rabu, 27 Disember 2017

Hanya dengan satu gambar Billboard.. UMNO dan PAS dah jadi tak tentu arah..

Benarlah ungkapan.. " a picture is worth a thousand words ", hanya dengan satu gambar Billboard.. UMNO dan PAS dah jadi tak tentu arah..Sampai Jamal Tongkol pun tak senang duduk.. padehal apa yg di gambar itu, itulah kenyataan..tidak ada tokok tambah..
PAS dan Haji Hadi boleh saja saman.. sampaikan Ostad Idris Ahmad tak berapa cerdik..buat sidang media, suruh DAP ulang dalam bentuk tulisan.. bukan gambar.. ha ha..
Sebelum Ostad Derih nak marah.. muhasabah diri sendiri.. tengok dulu Akhlak Presiden PAS sendiri.. hari2 keluar TV macam2 tuduhan keluar, Amanah Khadam DAP la.. DAP anti Islam la..DAP biadap la.. Broker, Barua, Babi semua ada.. semua ini keluar dari mulut Haji Hadi.. tak renti2 tuduhan Fitnah yg keluar dari Mulut Haji Hadi sendiri..  keluar nya dari mulut Ulama yg tak punyai Akhlak.. mengapa perlu marah jika ada yang membalas.. bak pepatah arab sebut..
ضربني وبكى، شتمني واشتكى
dia yg pukul aku, dia pula yg menangis. Dia yg maki aku, dia pula yg mengadu....
hebat nya DAP..dia cuma angkat satu papan tanda..kami tak perlu maki hamun fitnah macam Haji Hadi, cukuplah dengan satu gambar yg memberikan gambaran seribu makna...
Haji Hadi tak perlu sapa2 hina.. Sebab dia terhina dgn akhlak dan kata katanya sendiri.. bak kata pepatah Arab..
( لِسَانُكَ حَصَانُكَ ، إِنْ صُنْتَهُ صَانَكَ ، وَإِنْ هُنْتَهُ هَانَكَ ).
"Lidahmu adalah perisai mu, jika kamu jaga, ia akan menjagamu, dan jika kau hina kan, ia akan menghinakan mu "
Ipoh Mali
KDL.

Apa hendak buat dengan penyokong Hadi Awang?

Apa hendak buat dengan penyokong Hadi Awang?
Wajarkah kita mengecam atau mengaitkan mereka dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai politiknya yang hanya sehala dan taksub? – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Disember, 2017.

MAKA tahulah kita yang Presiden PAS Abdul Hadi Awang percaya hanya orang Islam boleh menjadi anggota Kabinet dalam mana-mana negara Islam, dan mereka yang berlainan agama hanya boleh memainkan peranan membantu.
Kita juga tahu bagaimana hendak berurusan dengan mereka yang taksub, perkauman dan mereka yang memandang hina orang lain yang berlainan kepercayaan atau warna kulit.
Senang saja, kita tolak mereka. Kita tidak berdebat dengan mereka. Kita tidak bertolak ansur dengan mereka. Kita tidak mempertahankan mereka.
Kita ketepikan saja orang seperti Hadi Awang yang percaya orang bukan Islam mesti diturunkan jadi kelas kedua di negara tanah kelahiran mereka ini.
Soalan seterusnya, bagaimana rakyat Malaysia melayan pihak yang bersekongkol dengan Hadi Awang? Kita bercakap tentang ahli politik yang merangkul Hadi Awang dan pandangannya.
Mereka ini termasuk ahli-ahli partinya dalam PAS, dan mereka yang mesra dengan parti itu seperti Perdana Menteri Najib Razak serta beberapa pemimpin Umno.
Wajarkah kita mengecam mereka sama seperti kita mengecam Hadi Awang? Wajarkah kita kaitkan mereka dengan kenyataan Hadi Awang tentang politik yang hanya sehala dan taksub?
Wajarkah kita bimbang pandangan Hadi Awang itu akan diterima oleh kerajaan Umno yang akan datang, memandangkan beliau dan parti Islamnya sekarang sedang dijaja sebagai senjata utama Najib pada pilihan raya umum nanti?
Sekiranya Najib Razak dan sekutunya tidak mengutuk Hadi Awang dan mengasingkan diri daripada pandangan yang perkauman seperti itu, bolehkah kita beranggapan yang mereka pun berfikir sama seperti beliau? Setakat ini, hanya MIC, MCA dan Gerakan yang sudah tampil mengkritik Hadi Awang, tetapi belum ada seorang pun daripada Umno.
Dalam masa 12 bulan yang lepas, Najib dan Hadi Awang sudah jadi sahabat akrab. Pada pilihan raya akan datang ini, Umno yang dipimpin oleh Najib dan PAS pimpinan Hadi Awang akan bekerjasama secara tidak rasmi.
Kita tahu siapa Hadi Awang dan apa pendiriannya.
Persoalannya, apa kita hendak buat dengan mereka yang bersekongkol dengan presiden PAS itu? – 26 Disember, 2017.
MD.

1 comments:

Unknown said...

hadi mencipta isu utk meraih sokongan org islam yg kurang berfikir.

kenyataan hadi juga bermaksud bn mesti memastikan cabinet tidak ada selain dpd org umno saja.

dgn ini kunun kuasa poltik melayu islam terjamin.

sedangkan pengkhianat melayu islam dibela.

tergadai Negara bukan kerana bukan islam dlm Negara tetapi kerana
tolol dan baruanya pemimpin boleh dibeli oleh kuasa asing.

kerana nafsu bertuhankan duit maka tergadai maruah bangsa agama.

klu dgn amanah pas kata akan hapuskan dulu pengkhianat sebelum berdepan umno.(yg dicintainya sebenarnya)

maka kita katakan hapuskan petualang sebagnsa agama yg mengadai maruah bangsa dan Negara dulu sebelum memusuhi bangsa lain.

perkara semudah ini pun penyokong pas tidak faham.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena