Wednesday 27 December 2017

[Video Lagi ADUN Pas Minta Ahli Pas Sokong Pakatan & PELIK~Jual Tanah Tapi Duit Tak Masuk!] Enam ADUN Pas di Selangor keluar parti? PKR Pahang Sokong Penuh ADUN PAS Masuk PKR.

Khamis, 28 Disember 2017


Image result for Gambar kepala bapak najib

NAJIB SUDAH MENTAL?

PKR Pahang Sokong Penuh ADUN PAS Masuk PKR


AIDCNews -27/12/17 –Ketua Penerangan PKR Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad menyokong sepenuhnya jika benar terdapat sekurang-kurang enam ADUN PAS di Selangor yang akan keluar parti dan menyertai parti Keadilan.
“Apabila diwar-warkan berita kononnya tidak kurang dari 6 ADUN PAS di Selangor akan bersama Pakatan Harapan (PH), dikatakan akan menyertai Keadilan atau PPBM, saya menyokong penuh jika berita itu benardan jika tidak benar, saya gembira dengannya,”katanya dalam Facebook.
Bagaimanapun Wan Fauzuldin yang lebih dikenali sebagai Wfauzdin NS berkata beliau lebih bersetuju jika kemasukan ADUN PAS itu dibuat tanpa tanpa syarat kerana ia akan menunjukkan keikhlasan mereka.
“Saya hanya boleh terlalu gembira jika mereka umum menyertai PH hari ini juga tanpa syarat seperti orang biasa yang menyertai parti-parti di dalam PH.
“Seandainya mereka mahu sertai PH agar mereka dicalonkan untuk mengekalkan kerusi yang mereka duduki sekarang, maaf cakap, saya lebih suka mereka terus kekal dengan parti lebai,”katanya.
Tambahnya, kemasukan mereka secara bersyarat tidak akan memberi keadilan kepada Ahli Parlimen, Datuk Mahfuz Omar yang berani menyokong PH walaupun masih berstatus PAS.
“Ada yang membandingkan dengan YB Mahfuz Omar yang masih bersama parti lebai dan kemungkinan besar beliau tetap diizinkan bertanding di Pokok Sena.
“Mengapa Mahfuz boleh, tapi ADUN-ADUN yang dikatakan akan keluar parti itu tidak boleh dicalonkan?
“Ada bezanya Mahfuz dengan mereka. Mahfuz walaupun masih ahli parti lebai, tetapi beliau masih istiqomah untuk menentang Umno/BN bahkan sentiasa berceramah di atas pentas PH.
“Ertinya, Mahfuz telah membuat jasa kpd PH, membantu kempen-kempen penerangan di pentas PH. Maka, wajarlah kita berterima kasih kepada Mahfuz dan lojiklah jika PH izinkan Mahfuz bertanding di Pokok Sena. Lagi pun, kita faham parti lebai tidak akan mencalonkan Mahfuz lagi,” katanya.
Secara prinsipnya, Wfauzdin NS senada dengan kenyataan Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi yang mengalu-alukan kemasukan ADUN-ADUN PAS tersebut.
Bagimanapun, Wfauzdin NS berkata hujah Dr Daroyah menerima kemasukan ADUN-ADUN PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru sebagai tidak logik.
“Saya merasa pelik apabila seorang tokoh wanita Keadilan yang menyatakan kemasukan mereka ke dalam PH adalah untuk mengelakkan 3 penjuru berlaku.
“Mana mungkin apabila mereka menyertai PH, kerusi-kerusi yang mereka duduki sekarang tidak akan direbut oleh parti lebai?
“Parti lebai tetap akan bertanding di situ, dan 3 penjuru tetap juga berlaku,”katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena