Friday 29 December 2017

[Video 95% PEMIMPIN TERTINGGI Pas kini bersama AMANAH...'Kembali Kepada Perjuangan Asal'] Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan.

Sabtu, 30 Disember 2017

Image result for Gambar Pakatan harapan

Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan

Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, tahun 2017 menutup tirai di Malaysia dengan persembahan penipuan melibatkan tanah persekutuan.
“Tanah yang nilai semasa sekarang RM1 bilion milik Felda di pusat bandaraya Kuala Lumpur telah ‘dijual’ kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju yang entah dari mana datangnya, tanpa sebarang bayaran.
“Hakmilik tanah terbabit dipindahkan dengan dokumentasi yang lengkap. Ertinya, mustahil bagi Felda untuk mendapatkan semula tanah tersebut kecualilah kalau Synergy Promenade mengembalikan tanah itu dengan rela hati,” kata peguam DAP itu dalam kenyataan medianya hari ini.
Kelmarin kata beliau, pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Samad pula telah menambah jenaka kepada penipuan hartanah terbesar tahun ini.
“Beliau secara berseloroh sebenarnya memberitahu bahawa Felda sedang mengambil langkah-langkah untuk membatalkan surat kuasa wakil penuh (PA) yang telah diberikan kepada Synergy Promenade tiga tahun lalu, berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara.
“Jenaka yang tidak dikongsi secara jelas oleh Shahrir ialah hakikat bahawa PA itu tidak boleh dibatal kerana ia sudah pun disahkan oleh pejabat tanah dan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Apa yang dicadangkan oleh Shahrir dan Jabatan Peguam Negara adalah seperti meminta tikus memulangkan keju, selepas tiga tahun!” sindir beliau.
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrir katanya lagi, sebagai pengerusi Felda ialah mendedahkan siapa yang telah menandatangani PA itu kepada Synergy Promenade, bersekali dengan nama-nama pengarah yang memberi kelulusan.
“Sekiranya ada mana-mana pengarah itu yang masih bersama Felda, Shahrir mesti meminta mereka meletakkan jawatan dengan segera,” kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena