Friday 29 December 2017

[Video 'Patriot dah bersuara' & Najib Umno Cuba Hancurkan Keharmonian Kaum Hasut FELDA Melayu Benci DAP] Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir selagi BN memerintah.

Sabtu, 30 Disember 2017

Image result for Gambar PATRIOT Veteran Umno
Ahli politik 'jahat' jejas keharmonian negara, kata kumpulan veteran
TMI

Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir selagi BN memerintah


Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir daripada arus kemajuan negara jika Barisan Nasional (BN) tidak ditewaskan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Selagi BN diberikan kuasa, selagi itu pembangunan hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan Lembah Klang.
Malah slogan ‘Sabah for Sabahan’ yang sering dilaungkan parti tempatan, yang juga komponen BN, sendiri tidak mampu menyuarakan ketidakadilan ini di hadapan ‘tuan’ mereka.
“Menyedari hal ini, pemikiran bahawa Sabah untuk rakyat Sabah atau hanya parti tempatan boleh memajukan Sabah kedengaran kurang cerdik,” kata Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin dalam kenyataan, hari ini.
“Terlalu banyak pembelotan yang boleh dijadikan contoh, rakan dari Sabah sendiri membiarkan hak kita tergadai malah tidak pula berani menentang Putrajaya yang dominan,” tambahnya.
Sehubungan itu, katanya, perlu berlaku perubahan dalam Kerajaan Pusat bagi memastikan hak Sabah dan Sarawak dapat dikembalikan.
“Pakatan Harapan (HARAPAN), satu-satunya parti yang mampu mengantikan parti pemerintah sekarang, telah lama menawarkan Tawaran Baru untuk Sabah secara konsisten dalam dua fasa pra-manifestonya.
“Sebagai Pengarah Strategi dan Manifesto HARAPAN Sabah, suka saya ingatkan bahawa apa yang ditawarkan kami tidak akan menjadi kenyataan jika HARAPAN tidak memenangi dua pertiga majoriti.
“Sebagai contoh mengembalikan semula hal ehwal pendidikan dan kesihatan daripada Senarai Persekutuan kepada Senarai Negeri. Ia melibatkan pindaan perlembagaan persekutuan, justeru jumlah kerusi amat penting,” ujar Adun Sri Tanjong itu..
Antara tawaran HARAPAN adalah untuk menyalurkan satu pertiga daripada Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan bernilai RM15 bilion kepada Sabah dan Sabah.
Ia termasuk memulangkan 20 peratus royalti minyak serta 50 peratus perkongsian keuntungan antara Sabah dan Kerajaan Pusat.
Selain itu adalah penurunan kuasa Kerajaan Pusat dalam hal ehwal kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan komunikasi, perdagangan, elektrik, kebajikan sosial dan pelancongan.
HARAPAN juga berjanji untuk menyediakan infrastruktur terbaik untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar serta meningkatkan peluang pekerjaan.
“HARAPAN Sabah amat komited terhadap tadbir urus yang baik.
“Kami percaya terhadap semak dan imbang, perkongsian kuasa, kebertanggungjawaban, kecekapan dan ketelusan dalam memerintah sesebuah kerajaan,” tegas Chan.- Roketkini.com.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena