Wednesday 27 December 2017

[Video Lubang Najib Gali Makin Besar Bayar Hutang] Kabinet Melayu-Islam: Tidak cukup nafi, Hadi mesti saman NST.

Khamis, 28 Disember 2017

Related image
Pas bukan saja berniat tetapi berazam untuk bersatu dengan Umno – Malaysia Dateline

Kabinet Melayu-Islam: Tidak cukup nafi, Hadi mesti saman NST


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyarankan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaman New Straits Times (NST) jika benar akhbar itu memutar belit kenyataannya berhubung Kabinet Melayu-Islam.
Ini kerana menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, penafian PAS berhubung perkara itu adalah tidak memadai.
“Sekiranya dia (Abdul Hadi) tidak berani saman NST, ia bukan sahaja menyakitkan hati orang bukan Islam (iaitu) orang bukan Melayu dan orang bukan Islam, malah masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu berasa terancam,” katanya dipetik Buletin Mutiara, hari ini.
NST sebelum ini melaporkan bahawa Abdul Hadi mahukan Kabinet yang dianggotai hanya pemimpin Melayu beragama Islam.
Ketua Penerangan PAS, Pusat Nasrudin Hassan menafikan perkara itu, sambil bertegas bahawa akhbar terbabit melaporkan secara salah kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan yang disiarkan Harakahdaily pada 22 Disember lepas.
Guan Eng dilaporkan semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai perkauman dan ekstrem selain bercanggah dengan Perlembagaan serta boleh mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.
“Dengan mengambil sikap ekstremis dan perkauman keras seperti itu, Hadi bukan sahaja akan menakutkan Sabah dan Sarawak, malah mungkin membawa kepada perpecahan Malaysia,” tegasnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena