Friday 30 August 2013

اَلْحَمْدُلِلّهِ MAS berimej mengikut syariat Islam...'Tutup' bermusim atau terpaksa?

Jumaat, 30 Ogos 2013
اَلْحَمْدُلِلّهِ MAS berimej mengikut syariat Islam...
SEPANG, 28 Ogos -- Anak Kapal, Suhana Abdul Rahman, 36, bergambar di dalam Pesawat Boeing 777-200 sebelum penerbangan percubaan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777 yang boleh memuatkan seramai 280 penumpang ini akan melakukan penerbangan sebanyak lima kali yang akan berlepas terus dari Alor Setar ke Madinah pada musim Haji bagi tahun ini.
Penerbangan percubaan dari KLIA ke Alor Setar adalah bagi menguji dan menilai tahap kesediaan lapangan terbang tersebut untuk menguruskan penerbangan bagi bakal jemaah Haji secara terus dari lapangan terbang tersebut bagi musim 1434H/2013M yang akan bermula pada bulan hadapan.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

'Tutup' bermusim atau terpaksa?
albrangionline:
Tak pe......sekurang2nya pak haji tak terjegil biji mata......tapi rasanya mak hajjah masih tak lelap tidur kerana bau orang balik haji sentiasa wangi......takut2 pak haji terberi cenderahati pada si-'manis''
Posted by al-brangi Online at 8:00 AM

Beza Antara Pramugari Iran Air, MAS dan Air Asia
Satu persamaan di antara ketiga-tiga syarikat penerbangan ini adalah mereka ditubuhkan dan berpusat di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, iaitu Iran dan Malaysia. Tetapi apa pula perbezaannya?
Mungkin gambar-gambar di bawah ini ada jawapannya.
Pramugari Iran Air





Pramugari Malaysian Airline (MAS)


Pramugari Air Asia


Billy Info

richard branson jadi pramugari jutawan britain richard branson jadi pramugari air asia

Gambar Jutawan Britain Richard Branson jadi Pramugari Air Asia selepas kalah pertaruhan dengan Tony Fernandes
My Sumber - http://www.mysumber.com/


Air Asia jual betis pramugari?
Oleh Subky Abdul Latiff
 Tiada orang benci dengan skirt. Tiada siapa melarang wanita memilih skirt sebagai pakaian harian. Lantaklah kalau hendak tidur dengan skirt dan nak mandi dengan skirt. Tetapi dalam pesawat yang boleh merayap ke mana-mana rantau dunia tetapi tidak memperkenalkan imej Malaysia, ia adalah amat merugikan.
AIR ASIA boleh dibanggakan kerana dapat menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang ulung dan paling berjaya di dunia. Ia dapat menjelajah ke banyak destinasi di dunia dan dipercayai dapat merayap lebih banyak ceruk rantau di dunia.
Malaysia sudah tentu amat berbangga kerana dapat melahir rakyat berotak dunia yang dapat meneroka perusahaan penerbangan tambang murah semurah yang semua orang saksikan sekarang.
Ia baru saja ditubuhkan dibandingkan dengan MAS dan SIA yang ditubuhkan sebaik saja Singapura berpecah dari Malaysia.
Ketika MAS dan SIA lahir isu menjolok mata bagi pakaian wanita timbul. Maka MAS dan SIA memilih pakaian seragam rasmi bagi pramugarinya sesuai dengan citarasa orang Melayu pada masa itu.
Singapura yang dibentuk oleh Lee Kuan Yew itu tidaklah peduli sangat dengan sebarang sensitiviti orang Melayu. Dulu, sekarang dan akan datang. Tetapi pramugari SIA dipakaikan dengan uniform berbaju dan kain ketat yang diterima sebagai pakaian wanita Melayu masa itu.
Pada masa itu Islam tidak menjadi isu dalam masyarakat. Maka pakaian seragam pramugari mengikut citarasa Melayu itu diterima pakai oleh pemimpin dan kerajaan pro-Cina di Singapura. Hingga hari ini SIA mengekalkan uniform itu.
Maka fesyen yang dipakai oleh SIA itu juga yang dipakai oleh pramugari MAS. Selain daripada syarikat-syarikat penerbangan negara berjiran itu mempromosikan fesyen wanita Melayu, kedua-duanya mempromosikan batik.

Sekalipun Islam selepas kelahiran MAS dan SIA itu menjadi isu yang menggegarkan dunia dan penganutnya dirasakan sebagai pengganas oleh orang-orang berotak gila, tetapi orang Islam tidak membangkit dan mempersoalkan uniform pramugari kedua-dua syarikat penerbangan itu.
Islamikkah ia atau tidak Islamikkah ia, tiada siapa yang hirau. Memadai ia berpakaian Melayu moden, maka orang Malaysia boleh berbangga akan citarasa Malaysianya. Pakaian itu tidak menjadi sensitif kepada penduduk Singapura.
Ketika MAS dan SIA memilih fesyen pakaian pramugari itu, skirt, dulunya dipanggil gown, adalah pilihan popular individu wanita rantau ini, tidak terkecuali wanita Melayu. Tudung tiada bukan saja di kepala mereka, malah dalam lintasan pemikiran mereka. Ada pun selendang rata-rata disangkut di bahu, itu pun di kalangan yang tua dan yang konservatif.
Berbeza dengan zaman ini. Tinggal Dato' Seri Rafidah Aziz dan Dato' Sharizat Jalil saja yang belum bertutup kepala. Majoriti wanita Islam bertutup kepala. Dakwah berpakaian lengkap berkembang pesat di kalangan wanita Melayu dan ia dikira menjadi ciri dan resam Malaysia.
Sebagaimana pakaian mengikut Islam itu tidak ditekankan kepada wanita bukan Islam, maka pakaian itu tidak dibangkitkan kepada pekerja-pekerja wanita syarikat penerbangan itu.
Kalau dalam acara rasmi tertentu dalam dan luar negeri, laki-laki Melayu dikehendaki bersongkok, maka laki-laki Malaysia bukan Melayu dan bukan Islam pun dikehendaki bersongkok. Ah Chong dan Samy tidak membantah peraturan itu. Malah mereka ada pakaian samping Melayu.
Tetapi wanita Malaysia tidak dikenakan syarat itu. Kalau ke Makkah saja Shahrizat dan Rafidah kena pakaian begitu. Tetapi mereka digalakkan  berpakaian Melayu iaitu pakaian Melayu moden.
Dalam suasana wanita berpakaian sempurna, malah ada galakan dan ingatan dari pentadbiran, lahirlah Air Asia. Ia segera popular dan amat berjaya.
Kepala para pentadbirnya ligat memikirkan bagi memajukannya. Tetapi tiada siapa, termasuk Pahamin Rejab, mempedulikan penerapan nilai Malaysia dalam uniform pramugarinya.
Tidak berbangkit isu menjual dan mempamerkan betis dan lutut bagi para pramugari Air Asia, tetapi ia adalah peluang memperkenalkan ciri-ciri kemalaysiaan melalui syarikat dan agensi perusahaan milik orang Malaysia.
Air Asia memilih skirt dan bukan batik dan bukan songket bagi uniform pramugarinya. Apa warna yang dipilihnya terpulanglah kepadanya. Tetapi tiada siapa mahu mengingatkan kepadaAir Asia, mengapa tidak ditonjolkan sesuatu yang berimej Malaysia dalam uniformnya?
Ia mungkin perkara remeh. Tetapi MAS mengambil berat atas hal yang mungkin remeh itu. Kalau MAS rugi dibandingkan dengan Air Asia, bukan pasal uniform pramugarinya, tetapi keranahal-hal lain.
Entah mengapa Allahyarham Endon, isteri Perdana Menteri dulu, setelah menjadi isteri Perdana Menteri muncul sebagai promoter pakaian warisan yang penting. Beliau disebut dan diingati sebagai orang yang sangat inginkan songket dan batik menjadi pilihan orang ramai termasuk warga asing.
Kalau Endon ada, mungkin beliau juga ikut bertanya mengapa Aia Asia tidak memikirkan pengenalan unsur terpenting Malaysia pada pakaian pramugarinya?
Tiada orang benci dengan skirt. Tiada siapa melarang wanita memilih skirt sebagai pakaian harian. Lantaklah kalau hendak tidur dengan skirt dan nak mandi dengan skirt. Tetapi dalam pesawat yang boleh merayap ke mana-mana rantau dunia tetapi tidak memperkenalkan imej Malaysia, ia adalah amat merugikan.
MAS dan SIA peka dengannya, mengapa Asia Asia tidak peka?
Dr Rais Yatim yang diberi amanah membangunkan unsur warisan dan Tengku Adnan Mansur yang mempromosikan alam pelancongan Malaysia, mereka mungkin boleh merundingkan supaya Air Asia menukar uniform pramugarinya mengikut citarasa Malaysia.
www.DetikDaily. Net
*Gambar sekadar hiasan/ Posted by CAN YOU SEE IT ?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena