Monday 26 August 2013

Apapun boleh?: Anwar mahu Najib jelaskan kaitan “Endless Possibilities” dengan Israel & Belum Lancar Dah KECOH!

Isnin, 26 Ogos 2013
DS Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities’ pada 17 September depan...
Slogan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities’ pada 17 September depan.

Memetik Keadilan Daily, Anwar berkata, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN.

“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan. Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” katanya sambil menyatakan slogan baru itu semata-mata strategi perhubungan awam. -selangorku
Najib showing the new Malaysia branding pin/ logo. Pic: The Star
Logo ini mula diperkenalkan di Davos, Switzerland dalam satu perhimpunan di Forum Ekonomi Dunia yang telah dihadiri oleh lebih dari 3,000 delegasi dari seluruh dunia.

Belum pun logo 1MALAYSIA ENDLESS POSSIBILITIES di lancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Ianya telah pun mula kecuh...

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan mengenai kempen baru itu, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-50.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada yang mengatakan perkataan itu dimulakan oleh Malaysia dan ditiru oleh Kementerian Pelancongan Israel. Kini dilapurkan Mongolia terlebih dahulu menggunakan perkataan tersebut.
Posted by Arijal/UtusanKini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena