Tuesday 13 August 2013

Surau Kontrovesi Tanjung Sutera Beach Resort - NGO Kutuk Majlis Agama Islam Johor bersikap "seperti Taliban"...

Selasa, 13 Ogos 2013
Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi... 
High priest apologises over use of surau for Buddhist prayers
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau."Surau ‘meditasi’ Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor...
Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik.NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

"Taliban dah bertapak di Malaysia - syabas BN,""MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan.

LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online.
Posted by jeebond at 8:10 pm

Ketua Sami Budha Mohon Maaf Kejadian Di Surau

Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake hari ini memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha dari Singapura yang bermeditasi di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi, Johor.

"Kami memohon maaf kepada saudara Muslim kami dengan tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura yang mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Kota Tinggi," kata Dhammaratana dalam kenyataannya petang tadi.

Beliau turut menasihat penganut Buddha agar menghormati sensitiviti agama lain dalam menunaikan kewajipan agama itu.


“Mustahil kita dapat membina bahagia atas kesedihan orang lain,” katanya dengan bermadah.

"Saya menasihatkan penganut fahaman Buddha di Malaysia dan Singapura agar menghormati sensitiviti penganut agama lain dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka," katanya lagi.

Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit.

Susulan itu, pemilik sebuah resort di Sedili Besar di Kota Tinggi itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau resort itu digunakan untuk upacara keagamaan penganut bukan Islam.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi hari ini. Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Posted by jeebond at 4:22 pm


PAS kesal amalan agama Buddha di surau
PAS Negeri Johor merasa amat dukacita dengan insiden membabitkan penggunaan sebuah surau di sebuah Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, bagi aktiviti yang ada kaitan dengan kepercayaan agama lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya berkata, ia tidak seharusnya berlaku jika pihak pengurusan resort dan kumpulan agama tersebut peka dengan soal-soal berkaitan agama dan batas kebebasan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi Islam adalah agama rasmi.

Sambil mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan pihak berkuasa agama; orang awam juga harus bertenang dan jangan menghangatkan suasana yang boleh menimbulkan ketegangan agama dan kaum.
"Selaku parti dan gerakan Islam yang dasar perjuangannya berteraskan AlQur'an dan Sunnah, PAS memang sentiasa prihatin dengan isu2 yang berkaitan aqidah dan permasalahan Ummah," kata Mazlan yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau memberikan  contoh, isu pemindahan tanah perkuburan Islam di Pengerang sebelum ini, "bukankah PAS bersama Ngo Pengerang yang bertindak proaktif apabila timbul berbagai kontroversi?"

Sehubungan itu, kata Mazlan, PAS dukacita dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Ust Abd Mutalib Abd Rahim, seperti di siar dalam Sinar Harian Edisi Johor hari ini yang menuduh PAS membisu dalam isu-isu yang mengaib dan menghina agama Islam.

"Dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar, tetapi berprasangka buruk," kata Mazlan.

Walhal,katanya, Ust Mutalib sendiri punya maklumat mendalam mengenai PAS kerana hubungan yg baik beliau dengan pemimpin PAS Johor.

Berlatarbelakangkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama, semua pihak diingatkan agar mengawal emosi dan tindak tanduk masing-masing.

Kebebasan beragama, katanya, bukan tiket untuk melakukan tindakan tertentu yg boleh mengguris perasaan pihak lain.

"Apapun, PAS percaya ia adalah kes terpencil yang timbul akibat salah faham dan mampu diselenggarakan oleh pihak Polis dan Pihak Berkuasa Agama. InshaAllah, keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia akan dapat dipertahankan sampai bila-bila," jelas beliau. – 13 Ogos 2013.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena