Wednesday 28 August 2013

Resort Tanjung Sedeli: Surau Salah Kiblat, diroboh, tuan punya ditangkap, lucut taraf PRnya...& Turut Membongkar Tanah Rezab Melayu Johor

Rabu, 28 Ogos 2013

Kini!
Roboh Surau Bukan Cara Taliban - Noh Gadut
Inilah rakaman gambar surau di sebuah Resort Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor yang mengamit kontroversi baru-baru ini dimana ianya pernah digunakan sebagai Tokong...Tuan punyanya resort ditangkap polis dibawah Sek 295 Kanun Keseksaan ... direman beberapa hari .. kini dibebaskan dengan ikat jamin polis .. taraf permaustatin tetapnya ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri.

Hari ini sedang berlaku kerja-kerja meroboh surau tersebut kerana Noh Gadut beritahu satu dunia surau itu salah kiblat.

Jadi cara penyelesaianya ialah merobohkan saja ... Hebat sungguh negeri yang ditadbir UMNO!!!!

Noh Gadut kata cara ini bukan tiru cara Taliban!!!!
Posted by Jeebond BLM at 6:12 pm


Isu berkaitan:
ISU NAK ROBOHKAN SURAU KERANA DIJADIKAN TOKONG.... MANTAN MUFTI PERLIS TEGUR PEMIKIRAN MANTAN MUFTI JOHOR !!!!


Friday, 16 August 2013
Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini telah menegur cara pemikiran mantan Mufti Johor Dato' Noh Gadut dalam isu surau mau dirobohkan di Kuala Sedili, Kota Tinggi kerana dijadikan tokong.

Dato' Noh Gadut kata, ''Surau itu akan dirobohkan kerana tidak mengadap kiblat.''

Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata :...."dalam sejarah Islam sejak zaman sahabat Nabi s.a.w banyak gereja yang ditukar menjadi masjid..di Eropah terdapat gereja-gereja yang dijual kepada umat Islam lalu dijadikan masjid..di Malaysia, hanya kerana satu upacara ibadah agama lain, surau nak dirobohkan kononnya dah tidak boleh digunakan..mentaliti cara faham agama kita perlu dikemaskinikan.."

Jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dan rumah nak dibakar hanguskan.. berakhlak dan berhemah dalam menangani isu berkaitan hal ehwal agama.. Jangan nanti agama Islam dilihat sebagai Agama ganas dan keras.
Posted by OMAK KAU!!!! at Friday, August 16, 2013
Bongkar! Isu Surau Dijadikan Tokong Turut Membongar Skandal Tanah Rezab MelayuJohor
POSTED BY WAK CANANG
Pemilik Resort Warga Singapura
Saya turut difahamkan bahawa resort tersebut sebenarnya dimiliki individu warga Singapura (seperti dilaporkan beberapa akhbar arus perdana) menyebabkan kejadian seperti ini dipandang enteng oleh pemilik resort berkenaan.

Namun menerusi dokumen yang diperolehi melalui Majlis Daerah Kota Tinggi, menunjukkan bahawa pemilik resort itu, Syed Ahmad mempunyai nombor kad pengenalan. Dan saya difahamkan bahawa dia bukan bertaraf warganegara, sebaliknya sekadar penduduk tetap (PR) Malaysia.
Saya turut menjalankan semakan di Pejabat Tanah dan Galian daerah Kota Tinggi dan mendapati bahawa tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu. Seandainya benar bahawa tanah tersebut merupakan Tanah Rezab Melayu, maka secara jelas tanah ini tidak boleh dimiliki mana-mana pemegang Penduduk Tetap.
Timbul persoalan, bagaimana warganegara Singapura ini memiliki hak terhadap tanah terbabit?
Saya menyemak lanjut butiran dan dokumen tanah terbabit mendapati bahawa tanah terbabit didaftarkan menggunakan nama sebuah syarikat, Tanjung Sutera Sdn Bhd sebagai pemilik berdasarkan Sijil Kebenaran Menduduki Bangunan dari Majlis Daerah Kota Tinggi.
Kali ini disebabkan kejadian surau dijadikan tokong, terbongkar satu lagi isu baru. Dan isu ini melibatkan soal Tanah Rezab Melayu.

Persoalan-persoalan mula timbul; bagaimanakah tanah tersebut boleh diserahkan kepada warga Singapura untuk dimajukan dan dijadikan pula rumah peranginan di kawasan ini? Adakah wujud campur tangan pihak tertentu sehingga membolehkan tanah terbabit dibeli dan diusahakan olehwarganegara Republik tersebut?

Saya cuba untuk mendapat maklum balas dari pemilik resort berkenaan,  tetapi ternyata pemilik resort tersebut melarikan diri melalui pintu pagar lain dan meninggalkan orang ramai, media dan pihak berkuasa yang hadir ke resort berkenaan pagi tadi.

Ikuti pendedahan seterusnya mengenai kejadian ini yang akan membongkar skandal tanah Johor, dan juga didakwa berkaitan dengan isu penjualan tanah Danga Bay. Benarkah? Nantikan!
Pemilik Resort Warganegara Singapura memiliki PR Malaysia
Pemilik Resort berbanju warna jingga (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi
Surau dijadikan Tokong



Ahli Parlimen Kota Tinggi dan ADUN Tanjung Sedili Benarkan Surau Dijadikan Tokong?
POSTED BY WAK CANANG
Pendedahan rakan blogger Harapan Esok dan Pena Minang Return mengenai sebuah surau diubahgunakan sebagai tokong di Tanjung Sedili, Kota Tinggi begitu menarik perhatian saya. Kebetulan pula saya sedang berkunjung ke beberapa rumah saudara di sekitar Johor, maka kesempatan ini tidak saya sia-siakan begitu sahaja.
Dan lewat petang tadi, saya sudah berada di Pekan Tanjung Sedili untuk menyiasat sendiri kejadian tersebut dan ternyata gambar dan video disiarkan sememangnya sepadan dengan sebuah surau dalam kawasan ini. Namun perlu diperjelaskan surau tersebut bukanlah surau awam, sebaliknya milik persendirian dan terletak dalam resort terkemuka di pekan ini.
Kunjungan saya ke resort berkenaan juga mendapati bahawa pintu pagar resort telah ditutup untuk kunjungan umum, malah kediaman dan bangunan dalam resort pula dalam keadaan gelap. Namun saya berjaya memasuki ke kawasan resort berkenaan dan mengambil beberapa keping gambar surau yang didakwa dijadikan sebagai tokong.

Tinjuan lanjut mendapati bahawa surau tersebut telah dibersihkan dan lantai surau berkenaan telah disapu dengan bersih, membuktikan bahawa pihak resort telah mengetahui mengenai pendedahan ini.

Hasil temubual dengan penduduk sekitar resort itu juga mendapati bahawa resort tersebut sering dikunjungi warga Singapura yang menginap dan melakukan aktiviti tertutup tanpa sebarang pemantauan pihak berkuasa tempatan.
Persoalan saya, selepas kejadian begini terjadi, apakah tindakan pihak berkuasa tempatan terutama ADUN Sedili, YB Hj Rasman Hj Ithnain dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid terhadap resort berkenaan? Dan apakah pula tindakan susulan untuk menghalang kejadian sebegini berulang?

Malah saya difahamkan Tanjung Sedili mempunyai beberapa pantai peranginan yang dijadikan tumpuan warga Singapura pada hujung minggu untuk beristirehat. Namun khabar kurang enak turut bertiup apabila timbul dakwaan kawasan pantai berkenaan turut dijadikan lokasi parti rahsia pelancong Republik tersebut. Maka apakah pula tindakan pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Johor untuk menghalang perkara begini terus berlaku?

DUN Sedili mempunyai lebih 96.7 peratus pengundi Islam dan kejadian seperti sememangnya menjatuhkan imej umat Islam di kawasan tersebut. Maka saya beranggapan kejadian seperti ini tidak boleh dibiar dan dimaafkan memandangkan surau atau musollah dihina sedemikian rupa. Kerajaan Johor wajib melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya terutama apabila hal ini melibatkan kesucian agama Islam. Sudah masanya umat Islam diberi pembelaan sewajarnya dan tindakan menjadikan surau sebagai tokong adalah BIADAB.

Seandainya tiada tindakan diambil terhadap pemilik resort dan pihak terbabit, saya dengan ini mengisytiharkan PERANG terhadap pemimpin UMNO berkenaan dan beranggapan bahawa mereka tidak layak lagi mewakili umat Islam dan orang Melayu lagi di kawasan Sedili!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena