Saturday 24 August 2013

Kibar Jalur Gemilang macam kibar bendera Umno?: Ibarat 'Program Meraikan Umno' kalau tak puji Umno tak merdeka negara ini!

Sabtu, 24 Ogos 2013
Ibarat, kalau tak puji Umno tak merdeka negara ini! 

Menteri yang kalah berdebat dengan Anwar Ibrahim satu waktu dulu nak 'buat taik' pulak dah! Kenapa aku kata cadangan beliau nak mewajibkan kibaran Jalur Gemilang sebagai usaha nak 'buat taik'? Sebab, benar seperti yang rakyat terbanyak menduga bahawa usaha seumpama itu hanya akan mewujudkan patriotisme palsu semata-mata, yang hanya sedap dipandang mata, dalam hati sebenarnya kibar kerana terpaksa!

Memang aku setuju menjelang tiba hari kemerdekaan negara, kalau boleh semua rakyat kibar Jalur Gemilang. Okay no problem, punya! Kita bangga meraikan ulangtahun kemerdekaan negara!

Tetapi, yang orang ramai menyampah, meluat, benci, getik dan boring ialah setiap kali sambutan hari kemerdekaan pasti akan dijadikan program itu macam program Umno! Memuja-memuji Umno. Menyanjung-menjilat pemimpin Umno. Ibarat, kalau tak puji Umno tak merdeka negara ini!

Dah...mana rakyat tak menyampah?  Aku bukan sahaja menyampah, malah serabut! Kalau dah rasa kibar Jalur Gemilang macam terasa kibar bendera Umno...aku pun tak hingin nak kibar!

Itulah akibatnya apabila sambutan ulangtahun kemerdekaan negara apabila terlalu dipolitikkan oleh Umno! Sebagai contoh program kerajaan yang terlalu dipolitikkan ialah apabila Perdana Menteri, TPM atau menteri-menteri melawat sesuatu tempat, sepatutnya yang dipasang dan berkibar megah merata-rata ialah Jalur Gemilang tapi yang berselirat di sana-sini ialah bendera UMNO! Loya tengoknya!
mummynemo.com
Kalau nak rakyat semua terlibat kibar Jalur Gemilang, libatkan semua rakyat dan pelbagai parti yang berbilang ideologi SECARA HARMONI dalam penganjuran dan aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Barulah rakyat tak payah disuruh, akan kibar sendiri Jalur Gemilang 40 hari 40 malam apa!

Kerajaan Umno/Bn dan Shabery Cheek perlu ingat dan sedar, majoriti rakyat tidak kibar Jalur Gemilang bukan kerana mereka bencikan Jalur Gemilang, tidak! Bukan kerana mereka tidak menghargai kemerdekaan negara dan bukan kerana mereka tidak mahu meraikan ulangtahun kemerdekaan negara CUMA mereka menyampah dan getik dengan gelagat para pemimpin tertinggi kerajaan Umno/Bn yang menjadikan sambutan kemerdekaan bagaikan program meraikan Umno! Baik tak payah!
Dihantar oleh accudo/GARAMLADA pada 5:45 PM
Dari Malaysiakini:
K'jaan lihat keperluan wajib kibar Jalur Gemilang
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.
  
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.
  
"Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta... sekarang ini secara sukarela.
  
"Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respon yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita pada program 'Pocket Show 2013' di Uptown Danau Kota di ibunegara malam tadi.
  
Turut hadir Ketua Setiuasaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
  
'Pocket Show' merupakan program mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.
  
Di majlis itu, Ahmad Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemimpin tempatan kawasan Wangsa Maju, wakil persatuan penduduk di sekitar Wangsa Maju dan Gombak, peniaga dan orang ramai di tempat tersebut.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena