Monday, 18 September 2017

[Video 'RCI ini untuk nampak saya buruk, Najib patut hadir'] Najib harus tampil di RCI forex, kata Mahathir.

Selasa, 19 September 2017

Najib harus tampil di RCI forex, kata Mahathir


LANGSUNG l Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditugaskan untuk mengkaji kerugian berbilion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam pertukaran asing.
Malaysiakini menyiarkan prosiding itu secara langsung.

3:50pm: Bercakap kepada pemberita kemudian, Mahathir disoal sama ada beliau bersetuju bahawa Najib perlu dipanggil untuk hadir di kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota kabinet ketika itu.
"Dia sepatutnya (hadir), dia mesti menjelaskan mengapa dia tidak menimbulkan persoalan itu tetapi hanya membesarkannya sekarang.
"Sebelum itu, tidak ada yang menyebut tentang ini, dia tersenyum dan meluluskan segala perkara," kata Mahathir.
3:40pm: Prosiding ditunda dan akan bersambung semula esok
3:30pm: Mahathir disoal oleh Gurdial mengenai pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang - yang ketika itu adalah pemimpin pembangkang - mendesak pada tahun 1993 supaya RCI dibentuk untuk menyiasat kerugian forex
Mahathir mengakui bahawa kabinet telah membincangkannya tetapi menolak cadangan itu.
3:15pm: Sidek mendakwa bahawa Anwar mengetahui tentang kerugian sebenar pada masa itu.
"Jika kamu tahu mengenainya, adakah kamu bersetuju dengan Anwar untuk tidak memaklumkannya kepada kabinet?"
Mahathir, bagaimanapun, mengatakan soalan itu adalah hipotesis kerana dirinya tidak tahu mengenainya.
Haniff kemudian mencelah dan menegaskan bahawa Anwar tidak bersetuju bahawa beliau tahu tentang kerugian sebenar.
Namun, Sidek menegaskan bahawa Anwar tahu mengenainya.
"Hakikatnya dia tahu kerugian sebenar [...] Dia diberikan dokumen itu."
Pegawai pengendalil, Julia Ibrahim kemudian berkata, terdapat dokumen menunjukkan bahawa Anwar mengambil maklum berhubung kerugian berjumlah RM15 bilion itu.
Sidek kemudian dengan segera berkata, beliau tidak akan melanjutkan perkara itu dan Haniff juga berkata perkara yang sama.
Malaysiakini.

4 comments:

Blogger said...

Quantum Binary Signals

Get professional trading signals sent to your mobile phone every day.

Follow our signals right now and profit up to 270% per day.

Blogger said...

ForexTrendy is an innovative application capable of recognizing the most profitable continuation chart patterns. It scans through all the charts, on all time frames and analyzes every potential breakout.

Blogger said...

Imagine if you had a robot with 6 years authenticated proof?

I just finished a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was AMAZING.

During the webinar Mark and Antony shared their stories to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that CAME OUT TODAY!

Blogger said...

eToro is the ultimate forex trading platform for rookie and advanced traders.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena