Tuesday 12 September 2017

[Video KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA DITANGGUHKAN ke 20 Oktober 2017] Halimah Yacob presiden wanita pertama Singapura.

Selasa, 12 September 2017



KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA DITANGGUHKAN


Berikutan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj Ibni Al Marhum Sultan Badlishah Parti Amanah Negara mengambil keputusan untuk menangguhkan Konvensyen Nasional yang sepatutnya dijalankan pada hujung minggu ini.

Selain itu juga, kenduri rakyat dan sambutan hari malaysia turut ditangguhkan ke 20 Oktober 2017.

Ikuti pengumuman tersebut oleh Tn Haji Anuar Tahir, Setiausaha Parti Amanah Negara.

KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA DITANGGUHKAN


Halimah Yacob presiden wanita pertama Singapura

Halimah Yacob
Bekas speaker parlimen Singapura Halimah Yacob akan menjadi presiden republik itu selepas Jabatan Pilihan Raya (PEC) mengumumkan hanya beliau calon yang memenangi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Presiden tanpa bertanding.
(PEC) hanya memberikan sijil kelayakan kepada seorang daripada lima pemohon, lapor Berita Harian Singapura.
Ia bermakna pilihan raya presiden tidak akan diadakan, dan Halimah akan diisytiharkan sebagai presiden selepas pancalonan ditutup pada hari penamaan calon 13 September ini.
Pemilihan kali ini dikhaskan bagi calon Melayu. Beliau bakal mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 - 1970), yang merupakan presiden pertama republik.
PEC dalam kenyataan berkata, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.
Walaupun ketiga-tiganya menerima Sijil Masyarakat Melayu, PEC hanya memutuskan untuk mengeluarkan satu sijil kelayakan sahaja.
Selain Halimah, dua lagi pencalonan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena