Friday 15 September 2017

[Video Pendedahan UmnoPas Rancang RAMPAS Selangor] Jom ‘berkampung’ di Padang Timur 14 Oktober

Sabtu, 16 September 2017

Jom ‘berkampung’ di Padang Timur 14 Oktober


PETALING JAYA, 11 SEPT: Rakyat Malaysia diseru menzahirkan kecintaan kepada negara dengan menyertai Himpunan Rakyat “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” yang diadakan 14 Oktober hadapan.
“Rakyat harus bangkit tuntut semula hak dan duit mereka,” kata Pengerusi Mobilisasi Pakatan Harapan (HARAPAN), Mohamad Sabu dalam sidang medianya hari ini.
Menurut Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu, penyelewengan wang 1MDB yang mencecah lebih RM19.3 bilion telah membawa kerugian besar kepada rakyat dan negara.
“Jika tiada skandal 1MDB, dengan duit sedemikian, sebenarnya, kerajaan boleh membina 100 buah hospital baru terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.
Dengan jumlah itu juga, kerajaan juga boleh membina 460,000 rumah kos rendah yang baru manakala seramai 166,000 Ibu tunggal seluruh negara boleh menerima bantuan RM1,500 selama 7 tahun.
“Setiap orang daripada 112,500 peneroka Felda pula boleh mendapat bonus RM172,000. Biasiswa kepada pelajar miskin boleh dihidupkan semula,” kata Mohamad.
Sehubungan itu, Himpunan Rakyat “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi” menyenaraikan empat tuntutan utamanya iaitu:
  1. Kerajaan Bersih, Rakyat Bermaruah Tanpa Rasuah
  2. Calon-calon bebas Rasuah
  3. Dakwa geng Najib, Riza Aziz dan Jho Low
  4. Rampas Harta Rasuah, bina sekolah dan hospital.
Kata Mohamad, amalan rasuah kerajaan pimpinan Najib telah meletakkan kedudukannya setara dengan pemimpin korup Ferdinand Marcos (Filipina), Hosni Mubarak (Mesir) dan Ben Ali (Tunisia).
Kelemahan ekonomi negara telah menyebabkan Najib terpaksa melaksanakan GST, menjual aset strategik negara, khususnya stesen janakuasa elektrik, tanah strategik dan perlabuhan strategik kepada negara China, katanya lagi.
Tindakan Najib mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi JinPing pada bulan Mei lalu pula bertujuan meminta bantuan kewangan China demi menyelamatkan pentadbiran BN.
Manakala pertemuannya dengan Presiden Amerika, Donald Trump yang dijadualkan esok hanya untuk membersihkan imejnya yang tercalar teruk akibat pendakwaan penyelewengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Timbalan Ketua Penyelaras himpunan, Howard Lee ketika ditemui Roketkini berkata, himpunan yang akan diadakan itu bersifat positif dengan pelbagai acara menarik.
“Selain pidato pimpinan HARAPAN, pelbagai acara menarik seperti persembahan kebudayaan, muzik, tayangan filem dan sebagainya akan dijalankan.
“Jadi kami menyeru seluruh rakyat Malaysia sama-sama hadir sebagai menunjukkan kecintaan kita kepada negara,” katanya.
Pertandingan komik dan video
Bagi menyemarakkan lagi acara, jawatankuasa penganjur turut mengumumkan pertandingan melukis komik dan filem pendek bertemakan “Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi”.
Kedua-dua pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia kecuali urusetia pertandingan.
Kedua-dua pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 kepada pemenang pertama dan RM1,000 bagi pemenang kedua.
Bagi yang berminat menyertai pertandinagan ini boleh menghubungi Chin Pei Chi di 017-6577506 atau emel kepada pemudaph@gmail.com
Roketkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena