Friday 29 September 2017

[Video Tun M 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi'] 'Pertempuran untuk Selangor' PAS sudah tidak mampu halang Pakatan Harapan & Mufti Perlis siasat satu lagi dobi ‘Muslim saja’.

Jumaat, 29 September 2017

Image result for Foto Pakatan Harapan

PAS tidak mampu halang Pakatan di Selangor, kata ahli Parlimen Serdang

PAS tidak mampu halang Pakatan di Selangor, kata ahli Parlimen Serdang
Dr Ong Kian Ming berkata walaupun Pakatan Harapan hanya mampu memenangi 35 daripada 56 kerusi, ia masih boleh membentuk kerajaan di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September 2017.

Dalam analisis terakhirnya mengenai "Pertempuran untuk Selangor" dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ong meramalkan tiga senario termasuk yang paling buruk.
Menurutnya, walaupun PH hanya memenangi 35 daripada 56 kerusi, ia masih boleh membentuk kerajaan di Selangor. PH kini mempunyai 44 kerusi, termasuk 13 kerusi PAS.
Beliau menjangkakan sokongan Melayu terhadap PAS pada pilihan raya akan datang menurun antara 15% hingga 25% manakala sokongan bukan Melayu akan menjunam sebanyak 80% di kalangan orang Cina, 60% di kalangan kaum India dan 50% bagi pengundi lain.
Di kerusi yang ditandingi DAP dan PKR, Ong berkata PAS kemungkinan akan berjaya menawan di antara 25% hingga 15% undi Melayu manakala sokongan bukan Melayu kira-kira 1%.
"Perlu diingat sokongan Melayu kepada PAS di Pilihan Raya Kecil Sungai Besar menurun sebanyak 10% daripada 40% kepada 30%. Memandangkan kemasukan Bersatu dalam PH, pengukuhan pimpinan PH dan putusnya hubungan antara PAS dan PKR, tidak realistik untuk berfikir yang sokongan Melayu kepada PAS akan terus menurun pada PRU14," kata Ong.
Dalam senario kedua, beliau menjangka PH akan memenangi 43 kerusi dengan tsunami Melayu kecil.
Bagaimanapun, dalam kes tsunami Melayu, yang merupakan senario ketiga, PH boleh memperoleh 50 kerusi, kerana Ong berfikir ia tidak mustahil untuk melihat ramai penyokong PAS dan Umno memberi sokongan kepada PH semasa pilihan raya.
"Terdapat banyak tanda yang sokongan keseluruhan Melayu untuk Barisan Nasional (BN) akan menurun dalam PRU14. Impak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan peningkatan kos sara hidup dirasakan pengundi luar bandar dan bandar.
"Sokongan bagi Najib Razak di kalangan orang Melayu jauh lebih rendah berbanding PRU13. Bersatu, yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, membolehkan PH menembusi kubu Umno yang sebelum ini tertutup kepada pakatan pembangkang."
Mengenai sokongan orang Melayu terhadap BN, Ong berkata beliau menjangkakan kehilangan 5% bagi gabungan pemerintah.
Ini disebabkan fakta yang pengundi Selangor lebih canggih.
"Pengundi-pengundi ini lebih menyedari bukan hanya kesan GST, tetapi juga isu lain mengenai tadbir urus yang baik, seperti 1Malaysia Development Berhad dan Felda."
Bagaimanapun, beliau tidak melihat perubahan sokongan Melayu untuk BN dalam senario pertama.
Dalam senario dua, beliau meramalkan kejatuhan 8% dan 3% dalam sokongan Melayu dan bukan Melayu kepada BN, manakala dalam senario ketiga, di mana tsunami Melayu berlaku, penurunan sebanyak 10% dalam sokongan Melayu dan 5% dalam sokongan bukan Melayu diramalkan.
Ong berkata ia projeksi menunjukkan PAS akan kehilangan kerusi di Selangor selepas PRU14.
"Sebabnya mudah. PAS akan hilang hampir sokongan bukan Melayu, yang penting dalam negeri berbilang kaum seperti Selangor, di mana bukan Melayu terdiri daripada 49% pengundi.
"Dan, ia tidak dapat memenangi sokongan orang Melayu yang mencukupi untuk memenangi mana-mana kerusi negeri."
Beliau berkata PH berada dalam kedudukan terbaik sekiranya berlaku tsunami Melayu.
Menurut Ong, PH berupaya berkempen untuk mengubah dasar kerajaan persekutuan yang tidak popular di kalangan rakyat, sedangkan PAS tidak dapat melakukan perkara yang sama.
"PAS tidak boleh mengatakan ia akan menjadi 'kingmaker' di Selangor kerana ia tidak mungkin menang walaupun satu kerusi." – 29 September, 2017.

Mufti Perlis siasat satu lagi dobi ‘Muslim saja’

Mufti Perlis siasat satu lagi dobi ‘Muslim saja’
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau akan menyiasat sebuah dobi di negeri itu yang dikatakan beroperasi “untuk Muslim saja”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2017.

SEBUAH lagi dobi “untuk Muslim saja” didapati beroperasi di Perlis, dan mufti negeri Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau akan menyiasat perkara itu, lapor The StarOnline.
Asri yang turut lantang mengkritik tindakan pemilik dobi “Muslim saja” di Muar, berkata beliau diarahkan untuk menyiasat perkara itu.
“Saya menerima titah perintah daripada Tuanku (Raja Muda of Perlis) untuk menyiasat perkara itu dan kami akan buat serta-merta,” katanya yang juga dikenali sebagai Dr Maza, menerusi kiriman WhatsApp kepada The StarOnline hari ini.
Dobi layan diri di Jalan Kampung Bakau, Kuala Perlis itu juga meletakkan papan tanda: “Dobi ini khas untuk pengguna beragama Islam saja”.
Premis itu juga meletakkan papan tanda yang menyatakan kedai itu mengamalkan “konsep dobi Islamik”.
Menurut pemiliknya, beliau membuka kedai dobi itu untuk pelanggan beragama Islam saja. Katanya kepada The StarOnline, ia bagi keselesaan pelanggan Muslim.
Katanya, dia ada meminta pelanggan bukan Islam menggunakan kedai dobi lain dan berkata perkara itu tidak sepatutnya dipolitikkan.
Ini kedai dobi layan diri kedua didapati meletakkan papan tanda “untuk Muslim saja” susulan kedai dobi di Taman Seri Cempaka, Muar.
Pemilik premis di Muar sudah pun meminta maaf atas tindakannya susulan Sultan Johor murka dengan kejadian itu. – 29 September, 2017.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena