Wednesday 27 September 2017

[Video Orang Umno dah mula datang ceramah PH, itu petanda baik dah] 'Orang Kanan TPM' SELEWENG DANA RM40 JUTA PTPK, Zahid perlu jawab!

Rabu, 27 September 2017


Foto Pemuda Amanah Negeri Perak.

'ORANG KANAN' DIDAKWA SELEWENG RM40 JUTA, ZAHID PERLU JAWAB!

1. Pemuda AMANAH Negeri Perak mendapat maklumat tentang seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di negeri ini telah terlibat dalam satu penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 September lalu telah menahan Ketua Pemuda yang bergelar Doktor itu bersama tiga yang lain selepas disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta.

2. Mengikut maklumat, Ketua Pemuda Umno Bahagian berumur 38 tahun itu adalah 'orang kanan' kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di parlimen Bagan Datoh dan khabar angin ini bertiup kencang di laman sosial Facebook. Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak Dr Zahid Hamidi memberi menjawab dan memberi penjelasan sama ada benar ataupun tidak dakwaan tersebut.

3. Sehingga hari ini, Zahid membisu biarpun banyak pihak termasuklah daripada ahli Umno sendiri telah mengaitkan individu tersebut dengan beliau. Tindakan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu mendiamkan diri adalah sangat tidak bertanggungjawab dan telah menggadai integritinya apabila seoalah-olah merestui penyelewengan dana kerajaan itu.

4. Kami sangat mengambil serius tentang penyelewengan yang berlaku ini kerana ia melibatkan wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar. Tindakan mereka menyeleweng dana ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

5. Individu yang berjawatan hanya di peringkat bahagian boleh didakwa terlibat dalam satu skandal penyelewengan besar seperti ini, ia telah menzahirkan betapa seriusnya rasuah dan penyewelengan yang sedang berlaku di dalam negara ini. Kami mendesak agar SPRM terus menyiasat skandal ini seterusnya membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan!

AHMAD SHAFIQ AHMAD ARIFFIN
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Negeri Perak
(26 September 2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena