

TPM Zahid tiap kali balik kg bini dia kat Masjid Tanah, Melaka suka2 hati naik helikopter polis.sedang kan jarak dari KL ke Melaka bkn nya jauh.
Ni nak perabih kan duit rakyat jer guna helikopter.Siapa yg tanggung duit minyak tu..?
Ni nak perabih kan duit rakyat jer guna helikopter.Siapa yg tanggung duit minyak tu..?
Kerajaan digesa menerbitkan laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Developtment Berhad (1MDB) sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Amerika Syarikat, kata Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden Umno itu dilaporkan akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadulakan pada 12 September ini.
Pakatan Harapan ujarnya, meragui pertemuan itu berlaku ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.
Ini kerana DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.
WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata lawatannya ke White House adalah sebahagian daripada usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.
Wan Azizah dalam kenyataan berkata, menerusi laporan media itu kini pelbagai spekulasi berlegar di fikiran rakyat Malaysia tentang mengapa pertemuan ini dibuat sekarang.
"Mengapa pertemuan itu dibuat sekarang, termasuk apakah ia merupakan satu usaha untuk menutup siasatan kes DoJ Amerika Syarikat ke atas penyelewengan wang rakyat dari 1MDB, yang didakwa dibuat oleh beberapa individu yang rapat dengan "Malaysian Official 1" (MO1).
"Oleh itu, sekiranya tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan, kerajaan Umno-BN perlu menerbitkan laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB sebelum perdana menteri Amerika Syarikat.
"Jika laporan tersebut tidak diterbitkan, pertemuan Dauk Sri Najib dengan Presiden Trump mungkin akan dilihat sebagai satu usaha 'membersihkan' nama MO1 di dalam siasatan DoJ terhadap 1MDB." ujarnya.
0 comments:
Post a Comment