Monday 11 September 2017

[Video Dr Siti Hasmah Di Himpunan Bantah Politik Toksid & Dr Wan Azizah: 'Saya tahu rasanya'] Semai kasih sayang lawan politik kotor.

Isnin, 11 September 2017


Semai kasih sayang lawan politik kotor

bantah politik toksik 2
Golongan wanita perlu menggunakan elemen cinta dan kasih sayang bagi menentang corak politik kotor yang berleluasa dalam negara ketika ini.
Pengarah Biro Komunikasi Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN), Anfaal Saari berkata, hal ini kerana golongan itu lebih memahami dan terbuka sebelum mengambil sesuatu tindakan.
Anfaal Saari"Walaupun manusia itu rakus, tamak dan penuh kebencian tapi ada kuasa yang lebih mendalam iaitu kuasa cinta.
"Oleh itu, saya menyeru wanita semaikan politik kecintaan, tolak politik kebencian dan seksisme," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di hadapan Maju Junction di ibu negara petang tadi.
Hampir seribu wanita berpakaian tema ungu berhimpun dalam himpunan anjuran sekumpulan aktivis wanita berpengaruh yang menggelarkan diri mereka Wanita-Wanita Malaysia Prihatin.
Antara yang turut serta petang tadi ialah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Marina Mahathir, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bekas presiden Badan Beguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Bantah politik toksik 1
Prihatin kebajikan wanita
Sementara itu, Tun Dr Siti Hasmah yang turut berucap menyeru masyarakat supaya bersikap prihatin dengan keperluan dan kebajikan wanita.
Beliau yang sedih dengan nasib wanita di seluruh dunia kerana sering menjadi sasaran dan mangsa jenayah seksual menggesa supaya perubahan dilaksanakan segera.
"Kita berhimpun di sini untuk tunjuk keprihatinan dalam isu wanita. Wanita suka keamanan dan mahu ekonomi yang kukuh.
"Apa yang membimbangkan adalah cubaan cabul hak asasi manusia. Beri peluang kepada mereka untuk hidup selesa," katanya.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin.
Himpunan berlangsung aman sehingga berakhir jam 6.45 petang dengan kerjasama pihak polis, pasukan keselamatan ARiF dan Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Deklamasi sajak dan nyanyian turut mengisi himpunan bagi menaikkan semangat para peserta.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena